Sesiapa pun dan mana-mana pasangan pun pasti tak mahu hubungan yang dibina selama bertahun-tahun berkecai begitu sahaja. Meskipun sudah cuba memperbaiki hubungan tersebut, ia tetap berakhir.
Pelbagai faktor yang dikatakan menjadi punca kepada perpisahan banyak pasangan, ini termasuklah tidak setia, cemburu, tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Namun, memetik laman Mydomaine, seorang pakar perhubungan yang juga merupakan penulis buku Finding Love Again, Terri Orbuch berkata terdapat satu perkara penting yang menjadi faktor kepada perpisahan sesuatu hubungan. "Selama hampir tiga dekad, saya menyaksikan pelbagai jenis hubungan. "Hari ini, apa yang saya pasti ialah, perkara kecil adalah tetap satu perkara yang besar dalam sesebuah hubungan," katanya. Berikut merupakan faktor utama dalam senarai yang ditulis oleh Terri. Dan jangan terkejut kerana ramai pasangan yang sememangnya mengabaikan perkara ini.
Tidak mempunyai masa yang cukup untuk 'me time'. Kebanyakan pasangan tidak memberikan masa secukupnya kepada diri masing-masing untuk masa untuk bersendiri. Ini termasuklah masa untuk berfikir, melakukan hobi dan juga membicarakan topik baru untuk berbual bersama. Pasangan yang ada masa bersama rakan, melakukan hobi dan kegemaran mereka cenderung untuk menjadi lebih bahagia dan juga gembira, berbanding pasangan yang sentiasa bergantung atau 'berkepit' antara satu sama lain. Terri mengesyorkan setiap pasangan membenarkan pasangan mereka untuk 'me time' dan dalam masa yang sama memerlukan mereka apabila tiba masanya untuk berdua. "Dan jangan malu-malu, kongsikanlah bersama pasangan apa yang anda lakukan dan juga pengalaman menyeronokkan ketika 'me time' itu," katanya. - CARI |
17
Bagus |
17
Marah |
27
Terkejut |
19
Sedih |
16
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
suka2 replied at 14-4-2017 10:56 AM
Bff aku time 'me time' dia pun terpaksa angkut anak2 sbb laki dia pun nk kuar gak time tu wpun ada ' ...
ira79 replied at 14-4-2017 10:02 AM
definisi "me time" korang mcm influenced by gambar dalam artikel atas tu. actually "me time" its not ...
ADVERTISEMENT