CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hakim Wanita Pertama Muslim Di AS Ditemui Maut Di Sungai Hudson

13-4-2017 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5322| Komen: 23|Original author: dauswq

Mayat individu kulit hitam yang merupakan hakim wanita pertama Muslim dilantik di Amerika Syarikat (AS) ditemui di Sungai Hudson, kata jurucakap polis tempatan hari ini.

Memetik laporan Reuters, jasad Sheila Abdus-Salaam yang berusia 65 tahun serta berkhidmat di mahkamah tinggi New York itu dijumpai tidak bernyawa dan terapung di barat Manhattan, Amerika Syarikat pada Rabu.

Pihak polis New York terpaksa menarik mayat allahyarham yang masih lagi berbalut lengkap berpakaian ke tebing sungai tersebut pada sekitar pukul 1.45 tengah hari Rabu waktu tempatan atau 1.45 pagi Khamis waktu Malaysia.

Jurucakap polis memberitahu, pihaknya sudah mengenal pasti waris ahli keluarganya dan selesai melakukan proses bedah siasat terhadap jenazah Sheila untuk menentukan punca penyebab sebenar kematian mangsa tersebut.

Allahyarham yang berasal dari Washington DC, menjadi wanita berdarah Afrika-Amerika yang pertama dilantik bertugas di mahkamah tinggi daerah itu ketika Gabenor Mario Cuomo memilihnya untuk ditugaskan pada 2013 lalu.


Terdahulu, akhbar berpengaruh The New York Post melaporkan, allahyarham dilaporkan telah hilang dari rumahnya di Harlem, New York sejak pagi Rabu dan usaha untuk menghubungi keluarganya juga tidak berjaya.- CARI



19

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
17

Sedih
14

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OmJualGas 13-4-2017 01:58 PM
kena bunuh?  bunuh diri?
Quote prettyuglybabe 13-4-2017 01:59 PM
sebab dia muslim atau sebab dia hakim yang adil?
Quote cucukkanan 13-4-2017 02:03 PM
@juliez , tolong csi.


bahahaha

Quote dauswq 13-4-2017 02:04 PM
prettyuglybabe replied at 13-4-2017 01:59 PM
sebab dia muslim atau sebab dia hakim yang adil?

ade kemungkinan suspek berkenaan dgn rulling case nya..
cthnya, kes korupsi melibatkan ahli politik, tp dia tetap ketegar nak sabitkan kesalahan..

aku bg cth jek
selalu judge yg mati, tak lain tak bukan, berkenaan dgn kes yg dia handle..
Quote prettyuglybabe 13-4-2017 02:08 PM
dauswq replied at 13-4-2017 02:04 PM
ade kemungkinan suspek berkenaan dgn rulling case nya..
cthnya, kes korupsi melibatkan ahli polit ...

banyak sangat tengok law and order
Quote nour2001 13-4-2017 02:13 PM
Kat Facebook ramai yg kata dia ni kemungkinan kena bunuh...semua kata bunuh diri cuma alasan pihak berkuasa jah...yg komen semua bule2 ( omputeh)...katanya ni kejadian black judge mati yang kedua dalam satu minggu..
Quote CiliPadiSedap 13-4-2017 03:40 PM
kena radiasi north korea...
Quote Muntz 13-4-2017 03:53 PM
Dlm byk2 kerja, jadi hakim bagi aku paling susah. Buat kerja kena betul2 teliti, berkawan pun takleh sembarangan, nak bergerak bebas takut org pandang/balas dendam, strict ethics & code of conduct. Dalam hidup seharian pun ala2 kena betul analyze supaya takder unsur2 favor dlm setiap pertolongan/hubungan dgn org lain. Org pulak asyik menilai. Ala2 suicidal job gitu - both di dunia dan akhirat.
Quote mohdael 13-4-2017 10:07 PM
innalillah
Quote cheergirlz 13-4-2017 10:27 PM
bole jadi byk spekulasi bole dibuat..mgkin sbb die muslim tp dh lma kja kn sbg hakim, ade kaitan dgn kes yang dibicarakan..atau lain-lain
Quote cheergirlz 13-4-2017 10:28 PM
xkan sja2 nk bunuh diri...speku kan..
Quote mirandanicky1 13-4-2017 10:34 PM
Mgkin dibunuh ni
Quote DeeHanania 14-4-2017 12:42 AM
Innalillah...
Motif,mati dbunuh
Quote Manjahati 14-4-2017 12:48 AM
Innalillah... Moga Allah tunjukkan kebenarannya
Quote AmandaRollins 14-4-2017 12:50 AM
Rasanya hakim ni mmg mati dibunuh..coz she is muslim n black..kt us kn femes hate crime ni..mostly racist tang agama n bangsa..al fatihah tuk arwah hakim tu..
Quote FanTasyCreaTioN 14-4-2017 01:24 AM
[fbp]https://www.facebook.com/fusionmedianetwork/videos/1897449146947721/[/fbp]
Quote pyropura 14-4-2017 01:41 AM
AmandaRollins replied at 14-4-2017 12:50 AM
Rasanya hakim ni mmg mati dibunuh..coz she is muslim n black..kt us kn femes hate crime ni..mostly r ...


Dan dia juga liberal dan pro LGBT ... kan ke kalau ikut lobai igama mulayu kita dia layak dibunuh   
Quote devilito2 14-4-2017 07:24 AM
Takziah... Innalillah...
Quote finesse 14-4-2017 07:29 AM
pyropura replied at 14-4-2017 01:41 AM
Dan dia juga liberal dan pro LGBT ... kan ke kalau ikut lobai igama mulayu kita dia layak dibunu ...

Oppsss ku pasti ramai yg tarik balik kata2 mereka.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.042625 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top