CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Tugas Blogger Makanan: Selalu 'Propa', Mengampu Pemilik Restoran?

14-4-2017 12:25 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 9620| Komen: 47


Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Sebelum ni Maha cite pasal pengorbanan yang perlu dilakukan sekiranya hendak menjadi seorang food blogger. Kemudian ada pembaca yang betanyakan tentang bagaimana seorang blogger itu memberi pendapat terhadap makanan sesebuah restoran tu. Adakah betul mereka tulis tu jujur dengan apa yang mereka rasa atau hanya sekadar tulis yang baik sahaja walaupun sebaliknya.



Bagi pendapat Maha sahajalah yer sedap atau tidak sesuatu makanan di sebuah restoran tu adalah subjektif kepada citarasa seseorang. Contoh sekiranya seorang tu suka makan pedas dan kalau tak pedas bagai beliau tak sedap jadi semua makanan yang ada dikedai tu mesti kena pedas. Begitu juga ada orang suka lebih masin dan bagi setengah yang ada penyakit kalau boleh tak nak masin langsung.


Sama jugalah seperti mana korang cakap masakan yang paling sedap di dunia adalah masakan ibu sendiri betul tak. So susah nak ceritakan bagaimana sedapnya sesuatu makanan kat kedai makan tu sekiranya kita tidak merasainya sendiri. Jadi sebeb itu Maha banyak menggunakan pendekatan dalam penulisan mencadangkan setiap pembaca agar dapat pergi mencuba sendiri makanan di restoran tersebut. 

Blogger ini bukan lah penentu sedap atau tidak masakan di sebuah kedai itu.

Petikan blog Maha
Pernah jadi satu cerita semasa Maha pergi review kat sebuah restoran di KL ni, tengah-tengah Maha sedap menikmati makanan yang banyak tu tiba-tiba ada seorang pelanggan ni menjerit memanggil pelayan restoran tersebut. Maha pun terkejut kerana laungan pelanggan tu agak kuat juga dan nadanya sangat marah pada masa tu. Kemudian datang seorang pelayan warga asing kat restoran tu bertanyakan kepada pelanggan tersebut.

Maha terdengar sedikitlah perbualan mereka bukan nak pasang telinga tapi dah meja pelanggan tu dengan meja Maha tak jauh jadi terdengarlah perbicaraan mereka. Pelanggan ini mengadu yang makanan yang di order ini tidak menggunakan santan kelapa tapi menggunakan susu. Siap pelanggan tu minta tukar hidangan yang mereka berikan tu dengan hidangan yang baru sebab tak boleh nak makan.

Tapi pada masa yang sama Maha sendiri pun tengah menikmati hidangan yang sama mereka sediakan tu. Bagi Maha masakan tu rasa sangat sedap dan kena dengan selera Maha. Perkara macam ini terjadi bukan sekadar dalam blog tapi juga secara real depan mata. So sedap atau tidak terpulang kepada lidah masing-masing. 

Petikan blog Maha
Tugas blogger adalah menceritakan apa yang beliau rasa pada masa itu. Sebenarnya kalau pembaca sekalian nak tahu semasa blogger menjalankan tugas review mereka telah memberikan pendapat kepada pemilik restoran secara face to face. Jadi blogger akan dapat jawapan yang jelas dan terang daripada pemilik restoran tu tentang masakan mereka.

Maha sendiri pernah hadapi situasi dimana sewaktu review masa sesi bagi pendapat dengan pemilik restoran, Maha ceritakan perkara sebenar iaitu cili yang mereka gunakan dalam masakan tu tak dikisar dengan sebaiknya dan rasa sangat teruk. Jadi pemilik restoran ni berterus terang kepada blogger yang masa itu chef sebenar mereka terpaksa  pulang ke negara asal untuk tujuan perbaharui permit. Jadi chef yang ada sekarang adalah chef sementara dan sebab tu rasa tidak seperti mana yang asal.

Petikan blogger Maha
Semua perkara itu kami sebagai blogger ambil kira juga dalam penulisan dan bukan semua yang kami tulis tu adalah untuk mengampu pemilik restoran tidak. Kami cuma mahu bertindak adil kepada semua pemilik restoran juga kepada pembaca. Jadi kami gunakan cara pendekatan yang lebih berhemah dalam penulisan.

Bukanlah nak kata blogger ni semuanya bagus tapi sebenarnya tugas blogger ni juga berat dalam memastikan bahawa apa yang disampaikan itu tidak telalu lebih dari apa yang pembaca tak tahu. Ini hanya cuma pendapat Maha apabila ada orang bertanya tentang kejujuran dalam penulisan. So kalau korang nak jadi blogger kena sedia dengan semua ini walaupun ia bukan ilmu yang datang daripada pembelajaran tapi ia ilmu yang datang dari pengalaman. Jadilah blogger yang berkhemah selamat mecuba semua. 
12

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 14-4-2017 01:45 PM
Mmg propa tgk je la jjcm tu, makan mcm sedap tp bila kita pi makan....
Quote NekNgah 14-4-2017 01:49 PM
Setuju tentang citarasa adalah subjektif.

Blogger boleh tulis, tapi lidah sendiri yang akan menjadi penentunya.

Itu sebab NekNgah dah malas nak jadi food hunter based on blog.  Most of the time, out.

Cuma tunggu recommendation dari family member atau kawan-kawan aje.
Quote siputsedut 14-4-2017 02:58 PM
Mcm vitdaily..dlu rasa mcm ikhlas review..lately ni nampak mcm propah
Quote munchkin 14-4-2017 03:00 PM
siputsedut replied at 14-4-2017 02:58 PM
Mcm vitdaily..dlu rasa mcm ikhlas review..lately ni nampak mcm propah

Mmg !!!!  Hari tu di kata nasi paku kat shah alam tu sedap gila lah apalh. Kmi pergi tak sedapppppp.  :
Quote BoongaKertas 14-4-2017 03:01 PM
betul, kdg2 give up gak nak rely on review bloggers
last2 meols baca jer komen kat apps 4square tu
selalunya reliable compared kat blog
Quote siputsedut 14-4-2017 03:23 PM
munchkin replied at 14-4-2017 03:00 PM
Mmg !!!!  Hari tu di kata nasi paku kat shah alam tu sedap gila lah apalh. Kmi pergi tak sedappppp ...

Nasi paku tu nasik sumatera ke? Yg ada ayam goreng ngn sayur togeh? Bungkusan tu dipaku?
Quote barto 14-4-2017 03:23 PM
Tp nasi beriyani kat biji kopi dlm gmbr tu mmg sedap sbb iols slalu mkn kat ctu
Quote Artemesiaa 14-4-2017 03:32 PM
Memang tak tertarik pun dengan review theols tu.  Rasa makanan ni kena ikut selera masing2 lain orang lain citarasanya.  Sedap kat orang belum tentu sedap kat kita.  Jenis tolak batu dengan kayu je yang suka kata semuanya sedap walaupun realitynya tidak.
Quote munchkin 14-4-2017 04:04 PM
siputsedut replied at 14-4-2017 03:23 PM
Nasi paku tu nasik sumatera ke? Yg ada ayam goreng ngn sayur togeh? Bungkusan tu dipaku?

bukan kaka. nasi paku hidangan kelantan. susah nak dapat yg sedap. dulu ada kat setiawangsa. laris. dia bukak kedai jual western malam siang lauk pauk. langsung tutup. padahal niaga lori tahan bertahun lamanya. orang beratur hari2.
Quote Lagubestbest 14-4-2017 04:09 PM
munchkin replied at 14-4-2017 03:00 PM
Mmg !!!!  Hari tu di kata nasi paku kat shah alam tu sedap gila lah apalh. Kmi pergi tak sedappppp ...

Dia dapat makan free, mestilah lidah tu rasa berganda nikmat. hahaha
Quote siputsedut 14-4-2017 04:29 PM
Edited by siputsedut at 14-4-2017 04:31 PM
munchkin replied at 14-4-2017 04:04 PM
bukan kaka. nasi paku hidangan kelantan. susah nak dapat yg sedap. dulu ada kat setiawangsa. laris ...


Aah uols...iols asal kelantan..kat sana nama lain nasik paku is nasik sumatera..mmg ssh nak cari yg sedap...iols pernah mkn masa kecik2 dlu je..nasik paku suriani ke apa ntah namanya kedai tu...ada lg kedainya tp agaknya rasa dh out..mmg mak ayh iols dh lama stop beli...versi yg iols makan tu nasik dgn ayam goreng..ada sayur taugeh x pon kcg panjang goreng...agaknya ada lauk lain tp tu je yg arwah ayah iols suka beli...

Tp apart from this pon..mmg iols tgk yg vitdaily review..nampak mcm dibuat2 review nya pedas2 manis2 masin2..itu aje keeee reviewnyaaa
Quote munchkin 14-4-2017 06:02 PM
siputsedut replied at 14-4-2017 04:29 PM
Aah uols...iols asal kelantan..kat sana nama lain nasik paku is nasik sumatera..mmg ssh nak cari ...

Tulah kaka. Out betul rasa. Geram nearly 40km drive pastu rasa cantu.  

Nasi paku setiawangsa mmg sedappp. Sambal dia. Ayam kampung goreng fresh. 3 kuah dia campur kuah kerutub, gulai itik dengan kuah rupa merah mcm asam pedas. Pukul 11 jual 2 habis.
Quote munchkin 14-4-2017 06:03 PM
Lagubestbest replied at 14-4-2017 04:09 PM
Dia dapat makan free, mestilah lidah tu rasa berganda nikmat. hahaha

Haish tapi kena jujur laj
Quote mongoose_kidz 14-4-2017 06:06 PM
nasi paku tu = nasi sumatera kan
kat tepi hosp kb ni ade satu kedai...sedap la kot ek..ramai org time tghari.aku scary skit nak mkn sbb tgk paku tu..hehe
Quote ciksom 14-4-2017 06:13 PM
Takkanlah blogger tu nak cakap tak sedap. Kecik ati tuan ke day.
Quote adzrilmaizan 14-4-2017 06:19 PM
Try me. Jujur. Tak sedap aku akan cakap tak sedap. Tapi most tempat makan yg aku review mmg sedap.
Quote siputsedut 14-4-2017 07:36 PM
Edited by siputsedut at 14-4-2017 07:37 PM
munchkin replied at 14-4-2017 06:02 PM
Tulah kaka. Out betul rasa. Geram nearly 40km drive pastu rasa cantu.   

Nasi paku setiawa ...


Aku pernah pegi satu tpt je yg dorng review..kedai jual gulai2 lemak kt bangi..choyyy..dah la mahal...kuah mcm buat dr santan kotak je... baik g mkn kenduri org nogori...salam kaut byk sket pon puas hati gulai lemak sedap merecik.. sejak dr haritu aku senyum sinis je tgk review dorang...   

Sayangnya dah ttp ye..balik kg kot  diorang tu..nk kata rugi biasa kalu sold out gitu takkan la rugi..sedapnye hoiii kuah kerutuk
Quote hannyabdullah 14-4-2017 07:47 PM
Citarasa org ni lain2. Kita rasa sedap tapi org lain rasa tak sedap..tak boleh kata apa gak..bukan sb dpt makan free or mengampu.
Quote Jorja 14-4-2017 10:31 PM
Phew.. sambal hitam menangis tu sgt sedap.. makan dengan singapore mihun..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048241 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top