Agar-agar yang dibeli untuk membuat koktel mengandungi cicak kering. KUALA TERENGGANU, 16 Ogos – Hasrat sebuah keluarga menyediakan agar-agar koktel kepada tetamu majlis rumah terbuka mereka pada hari raya kelima, terbantut apabila melihat seekor cicak yang sudah kering di dalam sepeket agar-agar yang baru dibeli. Kakitangan Pejabat Kesihatan Negeri, Mohd Azli Deraman, 36, berkata, ketika membeli agar-agar tersebut, dia tidak perasan cicak di dalam peket berkenaan, sehingga tiba hari mereka sekeluarga mahu menyediakan koktel tersebut. “Pada mulanya, kami sekeluarga ingatkan objek berwarna hitam itu agar-agar yang terlalu kering sehingga menjadi hitam, tetapi apabila mengamatinya dengan teliti, saya mendapati ia seekor cicak. “Terkejut dengan penemuan tersebut, saya terus buang tiga lagi peket agar-agar yang dibeli dengan jenama sama walaupun tidak mengandungi cicak kering dan menggantikannya dengan jenama lain untuk membuat koktel,” katanya kepada Sinar Harian. Azli berkata, dia sekeluarga jarang membuat koktel kecuali jika ada majlis besar atau meraikan tetamu. "Kejadian ini memberi pengajaran kepada kami sekeluarga supaya lebih berhati-hati ketika membeli terutama bahan makanan," katanya.
|
5
Bagus |
11
Marah |
13
Terkejut |
1
Sedih |
5
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
haryatie posted on 16-8-2013 11:39 AM
blum dimasak lagi x per la..
haryatie posted on 16-8-2013 11:45 AM
sajaaa...cari peluang nak msuk paper...
glamour skit..
ADVERTISEMENT