CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Biarkan Pelawat Hospital Duduk Atas Lantai, Ini Jawapan Doktor Malaysia

14-4-2017 06:40 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 51491| Komen: 90|Original author: Oleh: Adib ZA


Baru-baru ini, menerusi sebuah grup di laman Facebook, adanya netizen membuat 'laporan' tentang keadaan di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh yang dikatakan tidak menyediakan kerusi untuk para pelawat.


Sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa duduk atas lantai terutama bagi warga emas dan mereka yang tidak berdaya. Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat berhubung isu berkenaan, bagaimana pihak hospital 'tergamak' bertindak sedemikian. 

Tidak kasihankah dengan warga emas yang tidak mampu berdiri lama sehingga terpaksa duduk atas lantai sahaja? Netizen turut mengecam seterusnya menjadikan ia satu isu yang viral. 


Tak mahu isu tersebut berlarutan dan juga menyebabkan masyarakat salah faham, seorang doktor yang juga berkhidmat di hospital terbabit membuka mulut.


"Untuk makluman, hospital kami ada 9 tingkat. Ada 4 lift terus ke lobi, 4 lift di bahagian tepi. Kami ada purata pesakit di wad dalam 450 orang sehari. Kami ada staf 400 orang satu syif. Itu tak masuk pelawat-pelawat lagi.

"Cuba bayangkan, kalau perlu keluar cepat seperti ada bom, kebakaran, semua akan di keluarkan mengikut lobi ini. Pesakit yg tak boleh jalan akan melalui lift tepi. Boleh bayangkan tak yang kalau ada kerusi di lobi ianya menjadi penghalang," ujar doktor yang dikenali sebagai Rafidah Abdullah. 



Dia juga menasihat para pelawat agar tidak meneruskan niat mereka datang ke hospital jika diri sendiri tidak sihat dan juga tidak berdaya.

"Beringatlah, kalau tak kuat atau tak sihat, JANGAN melawat orang lain di hospital.Mereka inilah yang kita perlu lawat, DI RUMAH," katanya lagi. 

Ternyata, penjelasan doktor ini telah membuka mata ramai pihak tentang mengapa kerusi tidak disediakan di ruang lobi hospital.

"Penerangan yang sangat padat, tepat dan jitu."

"Manalah kami masyarakat tahu, tapi bila doktor jelaskan baru kami paham."


Kesimpulannya, selidikilah terlebih dahulu apa sahaja maklumat yang dipaparkan melalui laman sosial. Jangan kerana berasakan diri terlalu peka, anda sudah memberikan maklumat salah kepada masyarakat, dan mereka yang membacanya juga sudah membuat penilaian yang tidak tepat  terhadap sesuatu institusi itu. - CARI 


44

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
26

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 14-4-2017 06:53 PM
klu psl keselamatan mmg isu penting...dgn meletakkan kerusi akn menghalang laluan ketika emergency..bkn ker ade emergency lane atau xda lgsg ruang untuk laluan..confius sebenarnyer..
Quote musang_berapi 14-4-2017 06:56 PM
Pohon supaya cabut semua kerusi di hospital gomen supaya dpt merasionalisasikan jawapan dr rafidah. Dpt jgk save duit gomen, bule byr hutang 1mdb.
Quote Deidra 14-4-2017 07:08 PM
Takkanlah dengan meletak dua tiga ketul kerusi pun dah menghalang laluan tika kebakaran...?dengan ruang yang lapang sedemikian lagi..alahai alasannn puuunnnn
Quote helicornia 14-4-2017 07:08 PM
hmm aku penah gak gi hoshas ni tp tk rasa pun kerusi dpn lobi tu menghalang laluan.kot rasa menghalang, letak la kerusi kt tepi2 kaki lima.and bukan sume org dtg melawat, ada yg mmg ada apoimen dgn doc.makcik yg dok kt lantai tu mungkin tggu kenderaan dtg jemput
Quote Mary_jane 14-4-2017 07:46 PM
Hospital tu memang tak ada kerusi satu dua kerat ke?
Quote matchstick 14-4-2017 07:48 PM
Letak la sebaris dua seat tp priority utk org2 Tua or pregnant ke..mcm dlm lrt tu lah. Doktor ni ckp senang lah. Assume sume org hidup senang ramai ahli keluarga utk gilir jaga pesakit. Ada jgk keadaan makcik tua dh lumpuh sebelah tangan terpaksa juga ke hospital uruskan anak yg terlantar sakit kanser. Ni aku jumpa masa jaga mak aku kt hospital dulu. Makcik tu tdo atas lantai je mlm2. Kalau dh keadaan diri sdiri sakit digagahkn jugak ke hospital tu adalah sbb masing2..mgkn pesakit yg nk dilawat tu anak/mak/bapak yg dh tenat. Bukan suka2 org pegi melawat.
Quote krustykrab 14-4-2017 07:50 PM
Betul jgk la doc tu ckp....kdg tu pelawat dtg segerombolan mcm nk gi kenduri, pastu berlama2 pulak....penuh kat luar dalam dah mcm pesta....
Ada byk kerusi lg ramai la diorg angkut dtg...yg dah x de upaya tu eloklah duduk rumah je x payah la kut menyesakkn hospital...
Quote marumaru 14-4-2017 07:59 PM
Banyak hospital dah clearkan lobi...hosp yg ai bersalin haritu pun dah takde kerusi lobi...
Quote beautifulliar 14-4-2017 08:02 PM
Kemain lapang ruang tu aku tengok..at least buh sebaris kerusi rapat kedinding tu ada gk tempat duduk smbil2 pelawat duk sebelum balik or tggu orang datang amek..klo setakat sebaris kerusi gitu tkde nye mnghalang sangat pun.
Quote CrowneGlory 14-4-2017 08:20 PM
Mesti ada jah jawapan doktor la katakan....jgn doktor ayam sudehhh
Quote syadq 14-4-2017 08:37 PM
Kerana sayang pada ahli keluarga lah, uzur macam mana pon tetap datang ziarah.
Quote zawara 14-4-2017 08:47 PM
ohhh camtu ehhh hospital sini elok je kerusi berderet2... awat tak selaraskan je

pantang kena cuit la.. ada je doktor yg menjawab,  semua hampa betoi.. ambik kat hampa la.. org lain semua salah.. nyampah tol
Quote giyomi 14-4-2017 09:00 PM
Alasan stupid...kadang kala ibu bapa sdara mara dtg jauh melawat anak cucu mereka dn terpaksa menunggu waktu melawat seterusnya, agak tidak rasional tuk berkata mereka ptt duk umah. Mungkin gak pesakit tgh nazak dan masa tu ramai yg dtng menjenguk tuk kali terakhir, apalah slhnya letak kerusi, selama ni pon hspital len ada jer kerusi tak pnh lak ada isu menghalang atau apa.
Quote NORIZALHAMZAH 14-4-2017 09:10 PM
betul doc.. asal masuk spital jer ramai sibik nk melawat

masa sihat kt umah, xde sape nk dtg melawat

hospitl tu tpt merawat bkn melawat..

Quote AbukRokok 14-4-2017 09:20 PM
zaman da berubah
Quote ~boolean 14-4-2017 09:34 PM
Bila tak melawat ada pula yang viralkan kisah simpati nasib si pesakit yang menunggu kunjungan tak muncul tiba..pesakit disisih keluarga... kekeluargaan makin rapuh..

Sambil si tukang viral pun ajet2 prihatin belikan makanan dan suapkan..ambil gambar, post ke facebook dan menunggu orang like post
Quote catalina 14-4-2017 09:45 PM
Dr Rafidah ni nephrologist. Selalu aje ade di Fb bashing org jual produk kesihatan.
Quote mawar_pink 14-4-2017 09:50 PM
blh je letak kerusi kat tepi2 dinding tu..rsnye xde menghalang laluan pon...tp mmg kesian la org2 tua yg dok kat situ..
Quote missinpiece 14-4-2017 09:55 PM
Masalahnye kerusi banyak pon yg muda sihat segar bugar yg mengada2 duduk sambil belek handset. X caya tgk kt klinik ibu n anak. Meluat.
Me penat berdiri ada gak terpk knp x dibanyak2kan kerusi. Pk balik kata2 doktor tu ada betulnya. Mmgla kerusi yg berbaris2 tu boleh diangkat2, tapi time kecemasan kebakaran gempa bumi letupan ade ke yg nak sibuk alihkan kerusi selain dari selamatkan diri memasing? Mana nak berlari nak sorong katil troli tabung kereta sorong lagi..entah2 ada yg berpijak-pijakan. Esok dh ada kerusi kt situ tanya pulak kenapa x diperbanyakkan? Kenapa itu, kenapa ini? Mmg keje kita ni memuaskan hati org jah

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.042601 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top