Seorang wanita warga emas maut dibunuh jirannya kira-kira jam 2.15 petang semalam (Jumaat), di Kampung Belukar Jambu, Kuala Terenganu. Memetik Harian Metro, mangsa, Rokiah A.Rahman, 85, yang bertelekung pada waktu itu dipercayai dibunuh ketika sedang menunaikan solat Zuhur.
Bernama pula melaporkan, hasil pemeriksaan awal percaya mangsa dibunuh dengan kuali berdasarkan kuali itu berada berhampiran mayat mangsa. Menurut cucu mangsa, Siti Norazura Zaini, 28, ibu saudaranya, Saripah Ibrahim, 52, yang berada di luar rumah menyedari kejadian itu selepas terdengar sesuatu dari dalam rumah berkenaan.
"Ibu saudara terkejut apabila mendapati nenek terlentang di ruang tamu. "Ketika ibu saudara melihat keadaan nenek, seorang wanita keluar dari celah almari sebelum mencekik leher dan mengetuk kepala ibu saudara menyebabkan berlaku pergelutan," katanya kepada Harian Metro. Terdengar jeritan ibu saudaranya, adik lelaki Norazura yang berada di belakang rumah bergegas naik untuk membantu. Wanita berkenaan berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai yang menyedari kejadian itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar mengesahkan kejadian berkenaan. "Suspek sudah ditahan dan kes ini dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Sementara itu, Bernama melaporkan hasil pemeriksaan awal menunjukkan - CARI |
19
Bagus |
7
Marah |
18
Terkejut |
21
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
beta_carotene replied at 14-4-2017 09:40 PM
pantai timur darul samun dan bunuh warga emas
aqua_marine replied at 14-4-2017 09:47 PM
yg bunuh tu asal dari selangor
ADVERTISEMENT