Ekoran keretakan rumah tangga dihadapi Serina Redzuawan dan suami, Gavin Edward O'luanaigh, Chef Wan akhirnya mengesahkan status rumah tangga anak perempuan kesayangannya itu.
Chef selebriti terkenal Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, 59, memuat naik beberapa status mengenai masalah rumah tangga anaknya itu menerusi akaun Instagramnya (IG). Memetik Astro Gempak, Chef Wan meluahkan kekesalannya terhadap menantu, Gavin yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isteri dan anak-anak. "Setelah berkali-kali menasihatinya mengenai tanggungjawab untuk menyara perbelanjaan isteri setiap bulan, dia enggan mendengar nasihat saya.
“Saya gembira apabila Serina memfailkan penceraian. Pihak kami akan teruskan dengan prosedur sewajarnya untuk mendapatkan haknya dan menegakkan keadilan,” tulisnya. Bapa mana tak sedih apabila anak kesayangan ditimpa musibah. Begitu juga dengan Chef Wan. “Dalam perkahwinan, suami bertanggungjawab untuk memanjakan isteri, tetapi sayang sekali anak saya pula yang bekerja keras ke sana ke mari mencari rezeki. ”Sebagai bapa, semestinya saya berasa sangat sedih,” katanya. Sementara itu, Harian Metro melaporkan Serina pula menyerahkan semuanya kepada ketentuan takdir. “Saya serahkan segalanya kepada Allah. Jika ditakdirkan berpisah, saya reda kerana percaya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya,” katanya. Umpama cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit. Itulah apa yang mungkin sedang dirasakan Chef Wan berhubung masalah kegoyahan rumah tangga dihadapi anaknya, Serina. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik. - CARI
|
3
Bagus |
12
Marah |
19
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
imanda replied at 15-4-2017 03:55 PM
Mcmn chep wan dlu blh restu ehh menantu dia ni nk kawin serina? Ms tu gavin kroje apa? Adakah setaka ...
kikiharris replied at 15-4-2017 04:10 PM
rezeki Chef Wan yang melimpah ruah tu ada utk orang lain
utk anak perempuan n cucu cucu la tu.
All ...
ADVERTISEMENT