Adat menjadi artis, pasti ada saja perkara menjadi buah mulut ramai. Begitu juga dengan anak seni yang namanya semakin melonjak naik dalam industri muzik tanah air iaitu Aiman Tino apabila ada pihak mendakwa dia meletakkan harga tinggi dan tak munasabah bagi setiap persembahannya.
Bapanya, Yusri Ishak, 48, bagaimanapun tampil bagi menyangkal dakwaan berkenaan, malah menegaskan pihaknya tidak berkira soal bayaran atas perbincangan kedua belah pihak. "Jika diikutkan semua urusan mengenai sebut harga kepada pihak penganjur yang ingin mengundang Aiman mengadakan persembahan kita serahkan kepada pihak pengurusan. "Tetapi tuduhan mengatakan pihak kami mengenakan bayaran tinggi tidak benar, malah Aiman baharu sahaja pulang daripada mengadakan persembahan di Alor Star, Kedah dan dia hanya dibayar RM1,500 sahaja.
"Malah, kami ke sana menggunakan kenderaan sendiri dan bukannya menggunakan pesawat dan kalau benar kami meletakkan harga tinggi, persembahan di Alor Star itu kami tak ambil," tegasnya kepada mStar Online. Sementara itu, Aiman pula berkata dia menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada bapa dan pihak pengurusannya dalam mengurus hal berkaitan pengurusan, persembahan dan jadualnya. "Bayaran bukan saya tetapkan tetapi saya serahkan perkara itu kepada Ayah dan pihak pengurusan kerana kalau saya hendak letak harga sendiri pun, saya sendiri tidak tahu berapa. "Saya pun masih baharu jadi saya ikut sahaja apa yang telah disusun untuk saya," jelasnya. Kalau betul Aiman dan pihaknya tidak berkira soal bayaran, baguslah. Semoga Aiman menjadi seorang penyanyi yang tidak lupa diri dengan segala kejayaan dikecapinya kini. - CARI |
23
Bagus |
17
Marah |
13
Terkejut |
25
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
susukambingbest replied at 16-4-2017 12:34 PM
Laaa sian kau dek. Murahnya 1.5k je utk satu prsmbhan dgn pngngkutan sndiri lg. Harap btul la apa yg ...
susukambingbest replied at 16-4-2017 12:34 PM
Laaa sian kau dek. Murahnya 1.5k je utk satu prsmbhan dgn pngngkutan sndiri lg. Harap btul la apa yg ...
caprut replied at 16-4-2017 01:10 PM
Apa yg peliknye? Bapak dia umo 48. Kire standardla umo parents cmtu utk anak2 baya aiman tino. Tkd ...
caprut replied at 16-4-2017 01:10 PM
Apa yg peliknye? Bapak dia umo 48. Kire standardla umo parents cmtu utk anak2 baya aiman tino. Tkd ...
bobok_berhabok replied at 16-4-2017 01:29 PM
dik Eman ni umur dia berapa ? 10 Tahun ke yang semua statement nk datang dari mulut bapak dia ..
Esmiria replied at 16-4-2017 04:45 PM
Okayla 1.5 k. Kau bykn 10 show DLM dia hari..dh berapa ribu dh..dh blh psng awek cun cm balqis Tu.hm ...
ADVERTISEMENT