CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bila Ayah Ada Bersama, Hati Lebih Tenang Bekerja- Anak OKU

17-4-2017 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3952| Komen: 29

“Saya tidak sanggup tinggalkan ayah yang sakit tua keseorangan, bila dia ada bersama, hati lebih tenang untuk bekerja.” 

Demikian sifat kesayangan seorang anak yang ditunjukkan oleh Badrol Isam Ismail, 44, yang membawa bersama bapanya ke tempat kerja setiap hari, sejak tiga tahun lalu.


Memetik laporan Harian Metro, Badrol yang juga orang kurang upaya (OKU) bekerja membawa kereta tumpang atau ‘prebet sapu’ bagi menyara hidup bersama bapanya, Ismail Shafie, 74, yang sakit tua.

“Setiap hari, ayah akan menjadi penumpang tetap di bahagian hadapan sambil dia mencari penumpang di sekitar stesen bas Tesco Lembah Sireh atau sekitar Bandar Kota Bharu."

“Jika dapat penumpang yang mahu dihantar sekitar Kota Bharu hingga Lundang, saya akan tinggalkan sekejap ayah di kedai makan di stesen Kota Bharu, tapi kalau jauh macam Pengkalan Kubur saya bawanya bersama.” 

Badrol berkata, seawal 5 pagi dia sudah mengangkat bapanya yang tidak berupaya berjalan mengambil penumpang di stesen bas dan hanya pulang ke rumah sekitar 12 tengah malam.

Badrol berkata, dia sudah lebih 20 kali berpindah rumah kerana tidak mampu membayar sewa, malah pernah menumpang tidur di tapak pembinaan kerana duit bekerja sekadar cukup untuk minyak kereta dan membeli makanan.

“Kini saya menyewa di rumah tinggal tanpa kemudahan asas seperti dapur, bilik dan tandas dengan sewa RM100 sebulan dibayar oleh rakan yang simpati dengan nasib kami,” katanya. - CARI

sumber foto: Harian Metro

8

Bagus
12

Marah
15

Terkejut
17

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 17-4-2017 12:25 PM
harap hidupnya akan berubah ke arah kesenangan lps ni....aaaminnn...
Quote Star_el 17-4-2017 12:28 PM
yg OKU pun rajin kerja sara ayah yg dah tua. =(

yg sihat sempurna nak cakap apa? TT___TT
Quote mejaputih 17-4-2017 12:31 PM
semoga anak ini dilimpahi rezeki...he's OKU but yet can take care of his beloved father.
Quote namirulmukminin 17-4-2017 12:34 PM
Bagi la nombor akaun...
Quote mejaputih 17-4-2017 12:37 PM
itu la xde nombor akaun pulak
Quote iusedtolikeyou 17-4-2017 12:41 PM
Masih gigih usaha untuk cari sesuap nasi disebalik semua kekurangan.
Moga dimudahkan urusan untuk hari2 seterusnya.
Quote cheergirlz 17-4-2017 12:44 PM
sungguh mulia hati die..walau oku tetap nk jaga n sara ayah y dh berusia..mohon mna2 berdekatan beri bantuan..terharu
.
Quote matchstick 17-4-2017 12:58 PM
semoga dimurahkan rezeki dan ada pihak yg tampil bantu bagi rumah yg lengkap. mulia hati dia.

mggu lps ada berita anak durhaka kt ganu dera ibu yg uzur padahal jaga ibu pun gilir2 dgn adik beradik yg lain. OKU ni boleh je uruskan sendiri ayah dia
Quote Madel 17-4-2017 01:09 PM
Aku tak masalah kalau dia bawa ayah dia yg dah tua gini, mayb aku pun akan bayar lebih.
Tpi aku pling menyirap kalau teksi/uber bawak gfrend::mcm hanatt nak deting sambil cari nafkah.
Quote kelip2_07 17-4-2017 01:15 PM
Madel replied at 17-4-2017 01:09 PM
Aku tak masalah kalau dia bawa ayah dia yg dah tua gini, mayb aku pun akan bayar lebih.
Tpi aku pli ...

ade gak eh uber/teksi bwk gf sambil cr customer??ntah pape la..nk dating ke nk cr rejeki
Quote Madel 17-4-2017 01:19 PM
kelip2_07 replied at 17-4-2017 01:15 PM
ade gak eh uber/teksi bwk gf sambil cr customer??ntah pape la..nk dating ke nk cr rejeki

Ada aje ..aku pernah naik teksi yg bawak gf sekali :  :

Kita yg duduk belakang pun leh tau tu bini ka skandal driver
Quote kelip2_07 17-4-2017 01:23 PM
Madel replied at 17-4-2017 01:19 PM
Ada aje ..aku pernah naik teksi yg bawak gf sekali :  :

Kita yg duduk belakang pun ...

gamaknye..klu driver tu dh kawin..itu la ms dia utk berseronok ngan scandal..hamjadah sggh
Quote kurga 17-4-2017 01:31 PM
Madel replied at 17-4-2017 01:09 PM
Aku tak masalah kalau dia bawa ayah dia yg dah tua gini, mayb aku pun akan bayar lebih.
Tpi aku pli ...

nape x repot jer? mcm grab.. dia ade dah bg tau jgn bwk fmly masa buat grab..

Quote Minami2013 17-4-2017 01:57 PM
Moga dipermudahkan hidup... sayu je baca kisah ni
Quote Madel 17-4-2017 02:12 PM
kelip2_07 replied at 17-4-2017 01:23 PM
gamaknye..klu driver tu dh kawin..itu la ms dia utk berseronok ngan scandal..hamjadah sggh

Kalau bini, tak ada nya nak malu2..terus diam tak  berkutik ..

Kesian bini kat umah..ingat laki betul2 la cari nafkah..rupanya sambil nyelam minum air.
Quote Madel 17-4-2017 02:13 PM
kurga replied at 17-4-2017 01:31 PM
nape x repot jer? mcm grab.. dia ade dah bg tau jgn bwk fmly masa buat grab..

Tak dan nak report..destinasi aku pun tak jauh mana..lgi pun bukan selalu aku naik teksi pun.
Quote leylapple 17-4-2017 02:34 PM
sedih la pulak....

aku tabik dgn orang2 mcm nie...tak harapkan pun simpati orang...

p/s kali nie takder no akaun ker?
Quote ronapink 17-4-2017 03:55 PM
oku xdapat bantuan jkm ke,

kurang2 lepas sewa rumah
Quote allhaillll 17-4-2017 04:27 PM
ronapink replied at 17-4-2017 03:55 PM
oku xdapat bantuan jkm ke,

kurang2 lepas sewa rumah

tu la. kesian dapur, toilet pun takde tu.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064689 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top