CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bunyikan Hon Kerana 'Double Park', Pemandu Bas Dituduh Mahu Cederakan Pengguna Lain

17-4-2017 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5275| Komen: 18|Original author: Oleh: Adib Za


Seorang pemandu bas di Pulau Pinang mendakwa dia mendapat 'warning letter' daripada majikan berhubung salah lakunya ketika bekerja yang melibatkan pengguna jalan raya lain. Pun begitu, dia menafikan telah melakukan perkara tidak baik yang dikatakan salah laku itu seperti yang dituduh oleh majikannya. 


Menerusi laman Facebook Penang Kini, pemandu yang dikenali dengan nama Firdaus itu melalui rakaman video meluahkan situasi yang dihadapinya.

Katanya, gara-gara tindakannya membunyikan hon terhadap seorang pemandu kereta yang melakukan 'double parking', ini menyebabkan pemandu berkenaan tidak puas hati terhadapnya. 

Loading FB Post...


"Saya membunyikan hon terhadap pemandu wanita itu kerana dia 'double park'. Namun, tidak diendahkannya. Apabila saya membunyikan lagi hon dengan lebih lama, dia keluar dari kereta dan menunjukkan isyarat lucah," katanya.

Tidak berhenti setakat itu, Firdaus yang menyangka kejadian tersebut telah berakhir nyata meleset sekali. 

"Selepas itu, kami masing-masing meneruskan perjalanan. Sampai di satu lampu isyarat, saya keluar untuk membetulkan papan tanda pada bas. Namun, sebaliknya wanita tersebut menuduh saya mahu mencederakannya dan sempat merakam gambar saya ketika itu. 

"Wanita terbabit seterusnya melaporkan kepada syarikat bekerja dan hasilnya saya mendapat surat amaran daripada majikan saya yang mendakwa saya mahu mencederakan wanita tersebut. Sedangkan hakikatnya wanita tersebut yang maki (menunjukkan isyarat lucah) kepada saya. Wanita tersebut juga tiada bukti menunjukkan saya melakukan perkara yang dituduhnya itu," terangnya lagi. 

Oleh itu, pemandu bas tersebut meminta sokongan daripada para netizen dan menyatakan dirinya tidak bersalah.

Di ruang komen, ramai netizen yang bersimpati dengan Firdaus malah menyatakan dia mengenali pemandu tersebut sebagai seorang yang lemah lembut dan juga bersikap baik. 

Mereka meminta pihak majikannya agar menyiasat perkara tersebut lebih mendalam dan bukannya mendengar sebelah pihak sahaja. 

"Seharusnya juga ada dipasang CCTV agar banyak kejadian penting dapat dirakam dan dijadikan bukti," ujar seorang netizen.

"Sebaiknya, lelaki ini tidak mendedahkan hal dalaman syarikat kepada umum dan berbincang dengan baik dengan majikannya," kata seorang lagi netizen. 


Pun begitu yang tak menyedapkan hati apabila isu tersebut diselitkan dengan komen yang berunsurkan perkauman. Seharusnya netizen perlu jadi lebih bijak dan membezakan masalah orang perseorangan dan tidak mengaitkannya dengan perkauman.

"Saya orang cina tapi banyak berkawan dengan orang Melayu. Saya percaya setiap agama mengajar kita saling menghormati dan seeloknya ape yang kurang memuaskan dibawa berbincang," kata seorang netizen.


Kesimpulannya, toleransi antara pengguna jalan raya di negara ini masih lagi boleh dikatakan sangat rendah. Mereka juga saling menyalahkan antara satu sama lain. Lebih teruk, bila ada yang mengaitkannya dengan hal perkauman. 

Sama-sama kita perbaiki lagi toleransi terutama ketika berada di jalan raya. Kita juga doakan yang terbaik buat abang pemandu bas ini agar keadilan untuk dirinya lebih terbela selepas ini. - CARI 
4

Bagus
11

Marah
3

Terkejut
13

Sedih
1

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 17-4-2017 01:44 PM
bertabahlah bam bas.. smga kbenaran terbongkar jgk nnt..
Quote cHimo 17-4-2017 01:55 PM
Bertabahlah.. Tapi kena dengar cerita dari kedua2 pihak dulu..
Quote MarryPottet 17-4-2017 02:37 PM
ummah tak bertamdun yg suka parking merata sesuka hati ada di mana mana dlm negara
di kl, walau ada sorang dah pindah dok langkawi tapi ada 999,999 orang lagi masih bermaharajalela
Quote BebeQ 17-4-2017 04:05 PM
MarryPottet replied at 17-4-2017 02:37 PM
ummah tak bertamdun yg suka parking merata sesuka hati ada di mana mana dlm negara
di kl, walau ada ...

haha..i tak penah buka benang retis yang double park dekat langkawi tu tapi beliau memang dah pindah ke langkawi bersama turbannya ke?
Quote WhiskeyScotch 17-4-2017 04:13 PM
Hodohnya bila wanita menunjukkan isyarat lucah.
Quote S|_BUTA 17-4-2017 05:24 PM
Bodohnya pegawai atasan syarikat bas tuh
Quote rukia2 17-4-2017 06:53 PM
BebeQ replied at 17-4-2017 04:05 PM
haha..i tak penah buka benang retis yang double park dekat langkawi tu tapi beliau memang dah pind ...

Yg berkereta besar berotak xberapa besar itukah?    
Quote harithzakuan 18-4-2017 06:52 AM
Mcm2..ada je isu
Quote akumak 18-4-2017 09:20 AM
kan manusia ni split personaliti. bila bawa kereta, sisi hitam pun terkeluar lah
Quote miemiecha 18-4-2017 09:28 AM
teraniaya sokmo drebar lori n bas ni.. buruk nau pmpn bg isyarat lucah...
Quote chacon 18-4-2017 09:31 AM


apa lagi. demo la depan rapid penang... adukan pada pemuda umno
Quote fara7351 18-4-2017 09:55 AM
aku mmg tak boleh terima dengan org yg suka double park ni. sesuka ngko je nak block2 kete org..
kalau topic double park ni hati mmg cepat panas, sebab penah kena kan..
pastu yg block kete org tu sejenis yang takde rasa bersalah...
weyyyy otak manaaaaa....!!
Quote nisako 18-4-2017 12:00 PM
mcm mcm perangai . ,...........
Quote nisako 18-4-2017 12:00 PM
mcm mcm perangai . ,...........
Quote amukgemuk 18-4-2017 02:16 PM

Bas ni, orang akan selalu salahkan dalam apa hal pun.
Mungkin pasal besar kot...
Nampak je kereta/motor buat salah, hon sekali... pun orang rasa bas yg salah... maklumlah hon bas kuat kau...
.
Maka pengajarannya ialah....

Maka siapkan video cam yg macam orang pakai kat kereta tu...
Nampak aje malaun nak buat onar, dah ada bukti dah....settle.

Quote MarryPottet 18-4-2017 02:34 PM
BebeQ replied at 17-4-2017 04:05 PM
haha..i tak penah buka benang retis yang double park dekat langkawi tu tapi beliau memang dah pind ...

begitulah menurut ceritanya. dia dah dok langkawi & buka restoren kat sana. tapi bukan pindah for good rasanya

dinasihatkan agar jangan buka thread dia tu
nyakitkan hati je baca alasan dia
walau dia ada mintak maaf tapi lagi teruk kena hencap sebab disertai dgn alasan.maha bodoh
Quote BebeQ 18-4-2017 04:00 PM
MarryPottet replied at 18-4-2017 02:34 PM
begitulah menurut ceritanya. dia dah dok langkawi & buka restoren kat sana. tapi bukan pindah for  ...

baiklah, belum pernah terdetik dihati nak buka retis suam itu. lakonan tak seberapa, isu remeh je lebih.
Quote mujer_in_espejo 18-4-2017 05:44 PM
Mesti ah soo yg buat ni kan

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054490 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top