Sedar dirinya dikecam dan menjadi bahan kritikan netizen lantaran tidak konsisten berhijab sejak mengambil keputusan untuk 'berhijrah', pelakon Zarina Zainuddin mengambil inisiatif untuk memohon maaf. Bercakap kepada Berita Harian, Zarina berkata dia sedar perbuatannya itu salah dari sisi agama, dan tidak sesekali menyalahkan orang lain selain dirinya sendiri. Dia juga meminta maaf kepada pihak yang berasa kurang senang dengan tindakannya membuka tudung untuk tujuan menjayakan watak lakonan. "Sebelum ini, saya pernah jelaskan, walaupun sudah berhijab, mungkin saya membuka tudung bagi sesetengah drama. "Memang salah cara itu dan kalau nak diikutkan, berlakon juga tetap berdosa biarpun bertudung labuh. "Maafkan diri ini seandainya ada pihak yang tidak senang melihat saya di kaca televisyen (TV) tanpa tudung bagi sesetengah drama. "Suami saya pun tidak menggalakkan cara saya ini. Dia juga sudah berpesan, kalau boleh jangan buka tudung. Tindakan ini ialah salah saya sendiri," terangnya. Pelakon berusia 46 tahun itu berkata meskipun dia mengambil keputusan untuk berhijrah berhijab sebelum ini, bukan bermaksud dia telah menjadi sempurna. "Seperti yang saya katakan sebelum ini, pendapatan utama saya adalah berlakon. Pada masa sama, perlahan-lahan saya belajar memperbaiki diri dalam menjadi seorang Islam yang lebih baik. Berhijrah tidak bermakna saya sudah 100 peratus sempurna," katanya lagi. - CARI |
15
Bagus |
13
Marah |
12
Terkejut |
12
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 18-4-2017 08:49 AM
Mata dia cantik
ADVERTISEMENT