CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sikat Ke Atas Dan Ke Bawah, Gaya Solekan Kening Ini Jadi Kegilaan Baharu Wanita

18-4-2017 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9370| Komen: 25|Original author: Oleh: Myra Rozi

Dunia kecantikan memang tidak pernah gagal dalam mengujakan dan mengagumkan wanita dengan kemunculan pelbagai gaya dan trend terkini.

Lebih-lebih lagi dalam seni solekan yang sentiasa ada pembaharuan dari semasa ke semasa.

Kalau dahulu bahagian bulu kening ditonjolkan dengan menggunakan teknik coloring, bejeweling, piercing dan highlighting, kini muncul pula gaya baru yang dipanggil sebagai 'Feather Brows'.

Foto: IG stella.s.makeup

Feather Brows ini memerlukan kening disikat ke atas dan ke bawah, sementara di tengahnya pula diberikan ruang. Dengan menggunakan gam khas, maka terhasillah bentuk yang seakan-akan bulu pelepah ini.

Lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai kening tebal
kerana lebih senang dibentuk 'pelepah'nya.

Foto: IG stella.s.makeup

Trend yang muncul secara tidak sengaja ini bermula apabila seorang jurusolek dari Finland, Stella Sironen berseloroh berkongsi imej keningnya di Instagram.

Tanpa disangka, ia terus tular dan menjadi ikutan ramai wanita yang sama-sama  tidak mahu ketinggalan mencuba gaya baharu tersebut.

Gaya yang hangat ini sedang melanda media sosial Instagram yang rata-ratanya memuat naik gambar dengan menggunakan hashtag #featherbrows.

Foto: IG Kelseemarie
Foto: Maichameleon
Foto: IG Sabrinaanijs
Foto: IG Ritueldefille
Bagaimana, ada yang teringin mahu mencubanya? Mana tahu ia sesuai digayakan ke majlis-majlis tertentu, pasti semua mata akan tertumpu melihat anda seorang. -CARI
30

Bagus
15

Marah
17

Terkejut
28

Sedih
18

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 18-4-2017 12:42 PM
nak wat gak...
Quote Konahhh 18-4-2017 12:44 PM
Mengapakahhhhh begini
Quote RatuDunia94 18-4-2017 12:57 PM
Mcm ni ke?


Quote matchstick 18-4-2017 01:00 PM
kening tebal mcm elfira loy boleh buat gaya kening gini.

Quote matchstick 18-4-2017 01:01 PM
yg dh cukur kening nipis gigih la kena lukis rupa bulu ayam ni pulok demi mengikut trend
Quote NekNgah 18-4-2017 01:41 PM

Ini kening tak sikat...
Quote Artemesiaa 18-4-2017 02:03 PM
Gigih nak kena tepek gam bagai kowser
Quote anikarma 18-4-2017 03:19 PM
Orbitnya laaaaa. Dah jadi macam kartun
Quote estrelle 18-4-2017 04:05 PM
MUA nvdism dah buat dulu kening ulat bulu ni..tp versi tak belah tengah
Quote miemiecha 18-4-2017 04:25 PM
knp tgk je rasa geli??
Quote merrissa 18-4-2017 07:49 PM
kehkehkeh......kalo retis trkenal buat mst ader je yg ikut
Quote LavaUollss 18-4-2017 08:19 PM
cantik apa ke benda??? macam bulu cekpit je
Quote ffbeauties 18-4-2017 11:12 PM
Elfira xyah susah nk wat dah semulajadi
Quote vanillaninja 19-4-2017 10:56 AM
Rimas pulak I tengok
Quote tengku_anggun00 19-4-2017 12:53 PM
geli nyaaa....
Quote alinone78 19-4-2017 02:34 PM
macama2 lah
Quote Deidra 19-4-2017 09:41 PM
Sempat ke pepagi buto nak klebek satu-satu bulu?
Quote gadiz 20-4-2017 04:18 PM
Geli je Aku tgk
Quote mbhcsf 26-4-2017 04:17 AM
tak iras pelepah nyoq ka?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041444 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top