CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rayani Air Dan KLIA Paling Banyak Menerima Aduan Pengguna- MAVCOM

19-4-2017 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2451| Komen: 9

Laporan Pengguna Pertama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) antara Mac 2016 hingga Februari tahun ini merekodkan 1,639 aduan termasuk kesalahan pengendalian bagasi dan pembatalan penerbangan.


Memetik laporan The Star, antaranya Rayani Air, syarikat patuh syariah yang dibatalkan lesen pada Jun tahun lalu menduduki carta teratas dengan menerima sebanyak 737 aduan.

sumber foto: internet
sumber foto: internet

Dalam jumlah keseluruhan aduan iaitu sebanyak 1639 yang diterima Mavcom sepanjang tempoh 12 bulan itu, aduan yang membabitkan syarikat penerbangan berjumlah 1632 kes, manakala tujuh kes yang lain pula melibatkan lapangan terbang. 


Antaranya aduan ke atas lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mempunyai tiga kes, aduan ke atas lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pula ada dua kes, manakala aduan ke atas lapangan terbang Alor Setar dan lapangan terbang Kota Bahru masing-masing terdapat satu kes. 

Sehubungan itu, aduan terhadap syarikat penerbangan, syarikat patuh syariah yang dibatalkan lesen, Rayani Air tertinggi iaitu sebanyak 737 kes, Air Asia (323), Malaysia Airlines (274) , Malindo (166), Air Asia X (67), Fire Fly (13) dan yang lain-lain melibatkan syarikat penerbangan luar negara. 

Difahamkan, sebahagian besar aduan adalah berkenaan isu bayaran balik wang, pengendalian bagasi, pembatalan penerbangan dan sebagainya.- CARI

sumber foto: internet

2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
10

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 19-4-2017 11:08 AM
Duit aku.......
Quote dodolgemok 19-4-2017 11:17 AM
Royani tu belum bankrupt lgi ke? Mana ummah budu yg dulu mati2 bekap royani tu? Dasar gampang oppurtunist
Quote chinta89 19-4-2017 11:34 AM
ambik tindakan.
Quote Themilo 19-4-2017 11:35 AM

eh, chuols tak dapat refund Royani Air Hindu Kafir Leknet lagi ke? iols dapat last year, dalam bulan Oktober camtu.. Syukur sangat sis..
Quote syitaeyqa 19-4-2017 01:14 PM
My fren beli tiket rayani byk sbb bawak fmly g wedding dia kat sabah. tp bila rayani stop, dia kena beli tiket baru air asia n mas pulak. n skrg ni dah dkt setahun still x dpt refund.
Quote nisako 19-4-2017 01:27 PM
ade lagi ke rayani ni
Quote drivethru 19-4-2017 02:45 PM
Themilo replied at 19-4-2017 11:35 AM
eh, chuols tak dapat refund Royani Air Hindu Kafir Leknet lagi ke? iols dapat last year, dalam bul ...

Hantar dispute form ke?

Saya masa tu dah lama x bukak fb rayani air. Bila bukak, tgk dah tamat tarikh yg mavcom offer. Try jugak submit dispute form ke bsn. Tapi sampai skrg x dpt refund pun.
Quote Themilo 19-4-2017 02:53 PM
drivethru replied at 19-4-2017 06:45 AM
Hantar dispute form ke?

Saya masa tu dah lama x bukak fb rayani air. Bila bukak, tgk dah tamat  ...

Yes, dispute form since iols beli pakai credit card. RM600++ gak sis. Lega sangat..
Quote drivethru 19-4-2017 02:57 PM
Themilo replied at 19-4-2017 02:53 PM
Yes, dispute form since iols beli pakai credit card. RM600++ gak sis. Lega sangat..

Syukurlah dah dapat....

Saya 900++ gak. Tiket ke kuching dan kk. Merasa gak sekali naik rayani air ke kk. Service mmg ok. X sangka plak kecundang di tengah awan.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035928 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top