Isnin lalu, seorang lelaki Thailand bertindak kejam membunuh bayi perempuannya yang hanya berusia 11 bulan dan detik itu disiarkan di penstriman langsung Facebook Live.
Memetik laporan Bangkok Post, lelaki berkenaan yang berusia 21 tahun itu kemudiannya membunuh dirinya sendiri. Kejadian itu dilaporkan berlaku setelah lelaki itu bergaduh dengan isterinya kerana mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Laporan itu turut berkata bahawa video penstriman langsung itu masih boleh ditonton pada hari Selasa sebelum ianya dipadamkan oleh Facebook. Minggu lepas, seorang lelaki di Cleveland, Ohio, Steve Stephens, membunuh diri selepas diburu polis kerana menembak mati seorang warga emas dan menyiarkannya secara langsung di Facebook Susulan itu, Facebook berkata usaha akan dilakukan supaya video dan penstriman langsung seperti tembakan atau pembunahan boleh dipadamkan dengan segera.
Tegas pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, pihaknya akan melakukan apa yang termampu bagi memastikan tiada lagi kandungan seperti itu pada masa depan.- CARI |
23
Bagus |
11
Marah |
14
Terkejut |
19
Sedih |
18
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 25-4-2017 10:08 PM
Ibu2 yg gaduh ngn laki ni, tolong lah lari bawa ank sekali
ADVERTISEMENT