Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei sekali lagi tumpas di tangan musuh tradisinya, Lin Dan dari China, sekali gus gagal mara ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang berlangsung di Wuhan, China hari ini.
Merujuk kepada keputusan rasmi laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com, Chong Wei, yang juga juara bertahan terpaksa akur dengan ketangkasan pemain sensasi China itu apabila tewas 'straight set' 13-21 dan 15-21 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 52 minit. Untuk rekod, Chong Wei menjuarai kejohanan berkenaan pada 2006 dan 2016. Bulan lalu, Lin Dan menewaskan Chong Wei pada final Terbuka Malaysia yang berlangsung di Kuching, Sarawak. Lin Dan akan berdepan rakan sepasukannya, yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Chen Long pada final, esok.- CARI |
39
Bagus |
2
Marah |
2
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aleesyasofia replied at 29-4-2017 09:46 PM
bukan rezeki LCW nk mnang..
ADVERTISEMENT