Seramai 19 orang dilaporkan cedera selepas ribut melanda khemah utama di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar, kawasan berlangsung Muktamar tahunan PAS ke-63 malam tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, kejadian pada pukul 7.25 malam itu membabitkan khemah yang menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki). Memetik laporan Bernama, Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohd Naim Mat Jaaffar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 7.43 malam. Seramai 13 daripada mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah termasuk seorang yang tidak sedarkan diri dan dirawat di zon merah. Manakala enam mangsa yang lain dirawat di lokasi kejadian. Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakruddin Sheikh Fakhrurazi dalam kenyataan lewat malam tadi berkata pihak panitia Muktamar PAS melahirkan simpati ke atas mangsa kejadian. Menurutnya, semua aturcara program muktamar yang tidak melibatkan tapak ekspo berjalan seperti biasa.- CARI
|
6
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
5
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
OmJualGas replied at 29-4-2017 10:59 PM
Masuk c lobai acong nanti sini tambah la ribut ...
angin_air replied at 29-4-2017 03:34 PM
Loboi acong tu... Nick lain Pyropuralah. Loboi acong,dody_farid itu same jelah orangnya, ...
True-X replied at 29-4-2017 11:49 PM
Agak sadis... sebab baru je pemimpin Pas buka muktamar dengan doa jahanamkan PAN...
Adekah ni bal ...
ADVERTISEMENT