Buat pertama kali, Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) tempat belajar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi tampil dalam satu kenyataan sekali gus merungkai segala pertanyaan orang ramai ekoran kejadian yang berlaku.
Memetik laporan Sinar Harian, kenyataan itu dikeluarkan jemaah pengurusan di Facebook rasmi madrasah berkenaan dipetik berkata, seperti mana yang dipersoalkan orang ramai, pihak madrasah mengakui maklum tentang rekod jenayah lampau dimiliki pembantu warden berkenaan. "Rentetan daripada itu, kami berpendapat, andainya pengarah penjara mengakui beliau sedang berubah dan layak diberi kebebasan awal, apakah kami sebagai ahli masyarakat tidak boleh memberi peluang kedua untuknya." "Apakah pendirian anda semua tentang memberi peluang kepada seseorang untuk menjadi lebih baik?" "Semoga kita semua terus diberi peluang untuk menjadi lebih baik dan berubah kearah yang lebih baik. Beliau telah menjalankan tugas dengan baik dan beliau bukan seorang ustaz."
Jelasnya, kejadian yang berlaku (sebat) ia bukan seperti yang orang ramai gambarkan dan pihaknya mempunyai bukti kejadian dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang telah diserah pada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam tulisan tersebut turut memaklumkan, kenyataan dikeluarkan itu sama sekali tidak bertujuan untuk mengganggu siasatan atau mengulas perkara-perkara yang mungkin memberi kesan kepada siasatan pihak berkuasa. Sebaliknya, tulisan itu dibuat kerana setelah hampir dua minggu madrasah menerima kecaman, tohmahan dan ugutan, serta begitu banyak tekanan diberi tanpa sebarang jawapan. Ekoran itu, atas rasa kebimbangan sekiranya tiada sebarang jawapan dari madrasah, ia akan terus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dan memungkinkan fitnah berleluasa. Kenyataan itu turut memaklumkan tulisan berkenaan tidak dapat memberi fokus yang banyak tentang sikap Allahyarham Thaqif, dakwaan penderaan, dan hal-hal yang mungkin mengganggu emosi keluarga Allahyarham. Selain itu, tulisan berkenaan turut mengakui madrasah tersebut tidak didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan berikutan ia tidak disyaratkan namun madrasah sangat gembira untuk mendaftar dibawah kementerian apapun selagi ia boleh menambah baik sistem di madrasah tersebut.- CARI |
8
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
monsterwife replied at 30-4-2017 11:44 AM
Tunggu lah laporan perubatan.jangan senang-senang nak menghukum.iye..dia bekas banduan tapi dia Suda ...
NAT_11 replied at 30-4-2017 12:13 PM
Memang LAYAK DIBERI PELUANG KEDUA.
Bahkan semua orang layah diberi peluang kedua, tapi dalam
kes ...
NAT_11 replied at 30-4-2017 12:13 PM
Memang LAYAK DIBERI PELUANG KEDUA.
Bahkan semua orang layah diberi peluang kedua, tapi dalam
kes ...
kaktom8 replied at 30-4-2017 01:19 PM
Lim guan eng pun bekas banduan. Di beri peluang jadi ketua menteri lagi.
Peterpan17 replied at 30-4-2017 11:23 AM
Bukan anak sendiri jd mangsa blh lah ckp kejadian bukan spt yg di org ramai gambarkan
ChildrenOfBodom replied at 30-4-2017 01:15 PM
hang buka thread pasai penjelasan madrasah tp tak tempek penjelasan tersebut baik tak payah bukak th ...
cucukuku replied at 30-4-2017 01:22 PM
Kimak babi, anak sedara lu si pencurij tu patutt dah haramkan masuk supermarket. Masuk market jual ...
che_yatt replied at 30-4-2017 03:12 PM
laba, ang x kacau org 1 hari x bole ka?
ADVERTISEMENT