Saya diberitahu ada wartawan hiburan yang merasa “pelik” Watson Nyambek enggan memaafkan Primeworks Studios dan pengacaranya yang “menghina” ayahnya tempoh hari.
Bagaimana ayah Watson “dihina” tak tergamak saya menghurai atau mengulanginya di sini. Lagi pun semua sudah maklum apa yang berlaku sehingga membawa ke peringkat pihak yang “menghina” memohon maaf dan yang “terhina” enggan menerima kemaafan. Dan bagi yang “tidak faham” mengapa Watson bertindak demikian mungkin insiden ini sesuatu yang enteng. No big deal. Sekadar lawak dalam rancangan komedi TV. Dan dah minta maaf pun. Move on lah. Namun, secara peribadi saya sokong apa yang Watson lakukan. Malah saya faham mengapa beliau turut membuat laporan polis.Dan ketika artikel ini ditulis beliau dkatakan sedang “fikir fikir” untuk mengambil tindakan undang undang .
Yang menjadi antara isu besar buat Watson ialah pengacara rancangan “Sukan Tak Sentral telah “menyamakan mendiang ayahnya dengan binatang”. Ini berdasarkan kenyataan Watson menerusi media. Terguris perasaan Watson. Lantas belum boleh memaafkan, “buat masa kini“ walaupun pengurusan Primeworks Studios dan si pengacara bertandang ke Sarawak dan memohon maaf di hadapan media. Daripada kata-kata dan tingkah lakunya bolehlah disimpulkan Watson merasa menjadi tanggungjawabnya sebagai anak untuk membela mendiang ayahnya. Mengenai laporan polisnya pula Watson dipetik berkata beliau mahu polis menyiasat. Dalam erti kata lain bekas Raja pecut negara itu “menuntut keadilan.” (Polis diberitakan akan mengambil keterangan si pengacara TV terbabit). Dan isu ini turut mencetuskan kemarahan masyarakat Dayak di Sarawak. Apa yang diucapkan si pengacara TV itu dilihat atau dianggap sebagai “mempersendakan nama yang dipakai masyarakat Dayak”. Selain menghina. Oleh itu, ketika Watson pergi ke balai polis untuk membuat aduan beliau diiringi ramai masyarakat Dayak. Tanda sokongan. Beliau dilihat masyarakatnya sebagai pejuang maruah bangsa bukan hanya maruah keluarga sendiri . Jelas banyak yang diperhitungkan. Ini bukan isu kecil antara individu. Rancangan komedi “Sukan Tak Sentral” sudah dihentikan siaran serta mereka. Itu kata CEO Primeworks Studios. Si pengacara digantung perkhidmatan. Untuk berapa lama waullah hualam. Primeworks Studios menggelar dirinya “the biggest production house in the country”. la milik Media Prima Berhad yang “diterajui” TV3. Asalnya TV3 punyai apa yang dipanggil Jabatan Majalah yang menerbitkan rancangan khusus mengenai ehwal semasa untuk siarannya. Apabila Media Prima wujud dan meletakkan TV3, nt7, TV8 dan TV9 di bawah sayapnya Primeworks Studios ditubuhkan pada 2008 untuk mengambil alih tugas Jabatan Majalah menerbit pelbagai rancangan untuk siaran rangkaian TVnya . Sama ada tindakan menghentikan rancangan Sukan Tak Sentral sesuatu yang tepat sebaliknya. Atau sekadar untuk meredakan keadaan dan mengelak dibawa ke mahkamah -- terpulang kepada umum menilainya. Saya tanya beberapa teman di Primeworks Studios mengenai isu “menghina ayah Watson“ ini . Ini antara komen yang diberi, ”Biasalah bro, company banyak duit, mereka nak amal jariah“. Itu perli namanya.Saya faham akan maksud mereka. Tentu juga anda. |
38
Bagus |
23
Marah |
27
Terkejut |
18
Sedih |
20
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
”Biasalah bro, company banyak duit, mereka nak amal jariah“
tripleid replied at 2-5-2017 05:41 PM
move on je lah..pdahal dlm hati wakson sujud sukur je sbb ada can bleh saman tv3 juta2..org buat ...
ADVERTISEMENT