CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tular Video Dua Lelaki Pukul OKU Sampai Mati, Ini Cerita Sebenar Di Sebaliknya

4-5-2017 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9320| Komen: 32|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kurang ajar dan langsung tidak berhati perut adalah perkara pertama yang terlintas di fikiran apabila menyaksikan video yang menjadi tular di media sosial ini.

Apa tidaknya, dalam rakaman berdurasi 1 minit dan 8 saat tersebut dapat dilihat dengan jelas dua individu bertindak menyerang dan memukul seorang lelaki.

Apa yang lagi kejam adalah mereka bukan memukulnya menggunakan tangan, tapi menggunakan dua batang besi.


Menurut sumber, mangsa adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU). Bayangkan sahaja kesakitan yang ditanggung lelaki tersebut apabila dirinya 'dibantai' teruk tanpa belas kasihan.


Lebih malang, mangsa mati akibat dari kejadian itu.

Rata-rata netizen menyelar tindakan dua individu tersebut yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Namun, jangan mudah membuat spekulasi secara melulu kerana ada cerita di sebaliknya.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa yang mati itu dikenali sebagai Chin Yook Sin dan memang dikenali penduduk setempat sebagai seorang yang kurang siuman.

Sebelum kejadian, Yook Sin memang suka menghina individu yang memukulnya itu. Pada hari kejadian juga, Yook Sin dipercayai telah menyerang dan memukul dua lelaki tersebut  terlebih dahulu.

Disebabkan mahu mempertahankan diri, kedua-dua lelaki tersebut membalas pukulan hingga menyebabkan Yook Sin maut.

Kedua-dua lelaki tersebut kini sudah ditahan polis untuk tindakan selanjutnya.
Insiden ini memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak membuat sebarang tuduhan tanpa mengetahui kisah yang sebenar. Dengarkan dahulu cerita dari kedua-dua belah pihak sebelum mengeluarkan sebarang pendapat atau kata-kata.  -CARI
7

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 4-5-2017 12:36 PM
dah ader ...
Quote CARI-MRO 4-5-2017 12:42 PM

Hi. ini utk portal ya. Thread yg anda maksudkan itu ada di isu semasa, thread yg ini pula diletakkan di bod kongsi tular jadi tiada masalah di situ. mohon kerjasama forumer utk memahami sistem kami. Thank you.
Quote BlueRoses96 4-5-2017 12:45 PM
Dah org tu kurang siuman.. Ko g layan wat pe...
Quote CiliPadiSedap 4-5-2017 12:53 PM
biasa org kurang siuman ni kena makan ubat? kalau tak makan ubat dia jadi tak siuman
Quote dusunmind 4-5-2017 01:36 PM
Bahayanya biarkan tanpa kawalan..
Quote chinta89 4-5-2017 01:43 PM
CARI-MRO replied at 4-5-2017 12:42 PM
Hi. ini utk portal ya. Thread yg anda maksudkan itu ada di isu semasa, thread yg ini pula diletakk ...

kdg2 sy rse portal x membantu di cari. sb berita yg sama jugak lelebih lagi kalau thread dibukak dh di CI.
Quote mericanos 4-5-2017 01:52 PM
Org tu kurang siuman  xpyh dilayan org mcm tu
Quote NekNgah 4-5-2017 02:47 PM
Orang yang waras sepatutnya dapat menahan amarah. Bertindak balas kepada provokasi boleh, tapi bukan begitu caranya.
Quote matchstick 4-5-2017 03:02 PM
Mempertahankan diri hape nye..smpi 2 org belasah org gila tu bersungguh2.
Quote embun 4-5-2017 05:02 PM
cara pukul tu...
memang nak bagi mati je...
Quote AbukRokok 4-5-2017 05:09 PM
puan botakchinpeng lupa makan ubat?
Quote AbukRokok 4-5-2017 05:13 PM
mati juga akhirnya...good riddance
Quote WhiskeyScotch 4-5-2017 05:25 PM
Si gila patut diasingkan daripada masyarakat waras.
Quote exclusive_vvip 4-5-2017 05:26 PM
mmg la tak bleh buat tuduhan melulu,spekulasi segala...tapi in this case, dua org ni pukul mmg bersungguh2,sampai mati plak tu...mangsa tu pun kategori x siuman lagi...cara penulis ni tulis, mcm nak sebelahkan yg memukul tu plak....kalu betul pun salah si mangsa yg cuma dok mengejek,perlu ke dipukul bertalu2 sampai mati....klu pukul setakat lebam mungkin la kita bleh berempati dengan tertuduh tu...ni pukul mmg bersungguh2 sampai mati...mmg niat nak bg mati pun kan..
Quote irwansuhadi 4-5-2017 05:53 PM
bangang boleh tahan ni...
dua orang waras memukul seorang gila dengan bersungguh-sungguh di kepala sehingga  mati.

itu sepatutnya tajuk thread ini.

kbai
Quote Esmiria 4-5-2017 06:26 PM
hek eleh..kna dgr 2 side kunun..yg viral pic fitnah Tu? wartwan stu Tu bukak!
Quote Levespa 4-5-2017 07:38 PM
tu je alasan dia? langsung tak kukuh sampai nak pukul org sampai mati..
Quote coqsukun 5-5-2017 12:28 AM
Org tu x siuman, ko G balas sampai mati. Adoiii
Quote Jorja 5-5-2017 06:34 AM
Kesian tengok orang gila yg terbiar jalan sana sini.. bukan ke derang sepatutnya admit dlm spital sakit mental? Mana pihak "bkuasa" ni

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.153645 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top