“Kebanyakan pengacara sekarang sampah! Biarkan mereka belajar daripada carutan terpaksa ini."
Itulah yang diluahkan oleh pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menerusi temubual khas bersama Pepatung. Dia ditanya tentang kelompok pengacara generasi baharu yang dikatakan dijulang oleh pihak stesen TV sebagai wajah pelaris dan juga berbakat besar. “Saya perhatikan lambakan bintang yang mengecap populariti mendadak hanya kerana bergelar pengacara. Suka untuk saya mengingatkan bahawa tugas pengacara penuh dengan adab sopan. “Sejak lima tahun kebelakangan ini, produk yang ditampilkan sebagai pengemudi acara amat mendukacitakan. Bukan saya sahaja yang mengkritik, malah ia turut diakui masyarakat." Katanya lagi komen pedas ini bukanlah kerana dia tidak menyukai bakat-bakat baharu ini.
“Bukan saya benci kepada bakat-bakat baharu. Malah hendak menyalahkan mereka pun barangkali tidak adil. Sebaliknya stesen TV dan pihak produksi perlu peka dan sensitif terhadap penetapan seseorang pengacara. “Begitu juga dengan bintang-bintang komedi yang mendominasi pelbagai rancangan selaku pengacara. Memang mereka lucu dan menyelitkan jenaka dalam penyampaian, tetapi perlu berpada-pada. Ramai yang membuat lawak bodoh ketika siaran langsung sekali gus meranapkan prestij yang sepatutnya dipersembahkan. “Impaknya menjejaskan banyak pihak. Anda sendiri dapat melihat kesannya kini. Bayangkan seorang ketua pegawai eksekutif stesen TV terpaksa terbang jauh demi untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka disebabkan kesilapan seorang pengacara," jelasnya. - CARI |
15
Bagus |
25
Marah |
17
Terkejut |
22
Sedih |
20
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Star_el replied at 2-5-2017 06:56 AM
sbb penulisan berbtk artikel kan, aku skrol balik atas nk tgk Richie Rahman ke yg post hehe.
Pepatu ...
Aduradura replied at 2-5-2017 06:46 AM
Helokk plak iolls tengok divaAA ni..klaulaaa heolls tak memondan
ad_hoc79 replied at 2-5-2017 07:55 AM
apsal aku xnampak gambo nye
Themilo replied at 2-5-2017 03:58 PM
Tengok puas-puas sis.. keh keh keh..
ADVERTISEMENT