CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Padu Dengan Rasa Pedas Dan Masam, Sambal Mangga Nenek Ini Bikin Terangkat

4-5-2017 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11272| Komen: 41|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kecur air liur bila melihat buah mangga muda yang berlambak dijual di pasaran. Sudah biasa sangat kalau dimakan bersama kuah rojak atau dicicah dengan serbuk asam.


Apa kata cuba pula rasa berbeza tapi tak kurang hebatnya, resipi turun temurun yang memang menjadi kegemaran ramai ini.

Boleh dijadikan sebagai lauk sampingan, resipi Sambal Mangga Nenek ini memang sesuai disediakan untuk menu makan tengah hari dan makan malam.

Foto: lifestyle.okezone.com
Bahan-bahan
1 biji mangga muda
Cili padi (Ikut citarasa, makin banyak makin pedas)
Cili kering dikisar 

2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan goreng
1 sudu kecil gula merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak
2 biji limau kasturi

Cara-cara
1. Tumis cili padi, cili kering, bawang merah dan bawang putih.

2.Tumbuk bahan-bahan tumisan tadi dengan belacan goreng, gram, serbuk perasa dan gaulkannya sehingga sebati.

3. Masukkan hirisan mangga dan gaulkannya bersama.

4.Tambahkan perahan limau dan siap untuk dihidangkan.

Foto: Resipi Nenek
Mudah dan sangat menjimatkan masa bagi para isteri dan sesiapa sahaja yang mahukan sesuatu yang ringkas dengan rasa yang hebat.

Selamat mencuba! -CARI
Kredit resipi: Okezone Lifestyle
20

Bagus
13

Marah
26

Terkejut
25

Sedih
33

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 4-5-2017 04:59 PM
aduh kecur weiiiiiiii
Quote Linda_Martopo 4-5-2017 05:11 PM
telan ayaq lioq weh
Quote boobam 4-5-2017 05:12 PM
sedapp nya terlioq
Quote Felycya 4-5-2017 05:51 PM
Aku suka tambah kacang sangai tumbuk sikit.
Makan ngan ikan lolong goreng.
Perghhhh...
Quote nia999 4-5-2017 05:53 PM
feveret sgt nie..
Quote cik-jaja 4-5-2017 06:20 PM
uih sedap nihh.. mkn ng nasi panas, pergh...!
Quote Minyakyuyi 4-5-2017 07:36 PM
sedapnya oiiii...makan dgn ikan goreng garing2 plak
Quote pearl.silver 4-5-2017 10:42 PM
Ada beli sambal mangga dgn ikan
Dia buat mcm acar ikan masin
Sedap gila...
Hari2 mkn nasi putih ngn sup sayur..sambal mangga tu sebagai perasa..
Quote WhiskeyScotch 4-5-2017 11:30 PM
Kombinasi yang membuka selera pedas dan masam!!!!
Quote lnakass 5-5-2017 01:20 AM
Aduh sedapnya tngk
Quote nisako 5-5-2017 09:11 AM
sedapnyeeeeeeee
Quote yussya 5-5-2017 02:17 PM
tak penah buat lagi..tp dah kecur
Quote lindarafee 5-5-2017 04:45 PM
dapnya. kecur air liur
Quote Nur9786 5-5-2017 05:09 PM
Menitis ayaq liuq.
Quote beautifulliar 5-5-2017 05:23 PM
Mangga blkg umah dh berbuah..tak sabor nk mkn rasenye blom sempat besar dh kena petik nanti tu
Quote Aizuzu 5-5-2017 05:53 PM
Sedapnya lahai mkn waktu bln posa Nnt nie
Quote ciksenah123 5-5-2017 05:59 PM
Sedapppppppnyaaa... Huhu terliuq
Quote ciksenah123 5-5-2017 06:00 PM
Satu hari satu resepi. Harap2 rajin nk cuba ramadan ni
Quote xxbujatxx 5-5-2017 08:11 PM
Adoiiiii kecur lioq niiii

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.061920 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top