Wah, mantaplah! Siapa sangka pentas akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 yang berlangsung di Dewan Wawasan Jitra, Kedah malam tadi (Jumaat) menyaksikan peserta solo tunggal dari Indonesia, Dzawin membawa pulang wang tunai RM150,000.
Ini membuktikan imej 'pelajar pondok' yang ditampilkan berjaya mencuit hati penonton dan peminat walaupun terpaksa akur dengan tempat ketiga sahaja. Sementara itu, kumpulan Bocey mengulangi kejayaan tahun lalu apabila dinobatkan juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM500,000. Bukan sekadar hiburan kosong semata-mata, kumpulan Shiro menyelitkan unsur pengajaran dalam setiap persembahan mereka dan ini diakui ketua juri Dato Rosyam Nor sendiri. Namun, nasib masih belum menyebelahi kumpulan Shiro yang muncul naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi. Persembahan itu diadili juri tetap, Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Neelofa dan Luna Maya yang mewakili markah sebanyak 70 peratus, manakala selebihnya diwakili undian penonton. Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Semoga peserta lain tidak berputus asa dan menjadikannya sebagai motivasi untuk memberi persembahan lawak yang lebih mantap kelak. - CARI
|
11
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
19
Sedih |
15
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT