Kisah paranormal kapal seberat 60,000 tan lebih menggerunkan dikaitkan dengan kematian seorang anggota bomba pada 1966 KAPAL perang RMS Queen Mary pernah digelar Hantu Kelabu atau "The Grey Ghost" kerana ketika Perang Dunia Kedua, penyamaran dan risikan kerap kali dikaitkan dengan warna kelabu. RMS Queen Mary disifatkan antara kapal perang yang besar dan laju. Untuk sekali pelayaran, kapal itu boleh memuatkan 15,000 penumpang, Antaranya, suara kanak-kanak menangis di bilik asuhan yang dulunya digunakan sebagai bilik santai kelas tiga. Selain itu, bunyi kocakan air di kolam renang kelas pertama yang tidak dikunjungi sesiapa. Juga kisah lelaki tinggi berpakaian serba hitam dan bayangan seorang wanita cantik yang mengganggu anak kapal pada lewat malam.
RMS Queen Mary sebenarnya dibina ketika kehangatan Jerman melancarkan dua kapal perangnya, Bremen dan Europa. Britain yang tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan pembinaan kapal perang akhirnya mengarahkan Star Line membina sebuah kapal seberat 60,000 tan manakala sebuah lagi syarikat, Cunard membina satu lagi kapal seberat 75,000 tan. Kedua-duanya ketika itu masih belum diberi nama dan hanya dikenali sebagai No 552 dan No 534. Akhirnya Raja George V bersetuju kapal itu dinamakan RMS Queen Mary, sempena nama isterinya, Mary walaupun pada awalnya Cunard ingin menamakannya Victoria. RMS Queen Mary dibina oleh dua syarikat, John Brown & Company Shipbuilding dan Engineering Shipyard yang berpangkalan di Clydebank, Scotland pada Disember 1930. Bagaimanapun, pembinaan itu terhenti pada Disember 1931 disebabkan kemelesetan ekonomi. Cunard kemudian memohon pinjaman Kerajaan British untuk menyiapkan No 534 dan pinjaman itu diluluskan untuk menyiapkan kapal berkenaan manakala bakinya digunakan menyiapkan kapal yang dikenali sebagai No 552. Kapal itu kemudian dinamakan Queen Elizabeth. Ketika memberi pinjaman kepada Cunard, satu daripada terma pinjaman Kerajaan British menyebut Cunard mesti bergabung dengan White Star Line. Atas persetujuan, kedua-dua syarikat besar itu bergabung pada April 1934. Kerja menyiapkan RMS Queen Mary disambung semula dan akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 26 September 1934. Bagaimanapun, reka bentuk RMS Queen Mary disifatkan sebagai sangat tradisional dan menerima kritikan hebat. Ia dikatakan versi baru yang lebih besar untuk satu lagi kapal perang era Perang Dunia Pertama yang juga dibina oleh Cunard. Malah, reka bentuk dalamannya yang diberi sentuhan 揂rt Deco
|
interesting.. berapa agaknya bayaran yang dikenakan keatas pelancung2 nie
me_shhiza Post at 17-9-2007 14:54
ADVERTISEMENT