CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lucu! Suami Kantoi Luah Perasaan Di Facebook, Ketahuan Kerana Sebut 'Rangka Ayam'

8-5-2017 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 25695| Komen: 111|Original author: Oleh: Adib Za


Kerana terlanjur berlaku curang dengan isterinya, seorang suami kini berasa menyesal dan mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. 


Pun begitu, si isteri pula nampaknya tidak dapat melupakan perbuatan si suami sehingga menyebabkan suami berasa kehilangan. Ya, meskipun isteri masih di depan mata namun semuanya telah berubah.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang lelaki bergelar suami menerusi laman Kisah Rumah Tangga. Katanya, dia seperti kebingungan dan tidak tahu untuk membuat apa lagi bagi memikat semula isterinya yang 'merajuk besar'. 

"Aku rindu hubungan kami yang dulu. Kepada suami yang kat luar tu, korang fikir-fikirlah kalau nak berskandal atau nak try-try luar," katanya. 

"Tolonglah bagi cara camne aku nak pikat dia semula. Aku bagi hadiah, bungkus rangka ayam pasar malam pun tak jadi apa. Kalau dulu aku belikan siap kiss lagi tanda terima kasih," luahnya lagi.




Dek kerana pengakuan pernah berlaku curang, lelaki tersebut menerima kutukan dan juga sindiran berbakul-bakul. "Sebab itu jangan sesekali curang. Kepercayaan itu susah dah nak dapat, hargailah isteri itu sebaiknya.."

Memang kisahnya amat menyedihkan. Kesalahan lalu tiada siapa yang dapat melupakannya terutama si isteri. Namun, kisah ini tidak berakhir di situ.

Siapa sangka luahan tersebut telah sampai ke telinga si isteri. Memang tak dapat dipastikan sama ada orang tepat mendapat tahu hal ini atau tidak, yang pastinya kedua pasangan ini menggunakan kata kunci yang sama iaitu 'rangka ayam'. Comel, kan?

Tanpa membuang masa, si isteri turut meluahkan perasaannya juga kepada kepada laman Kisah Rumah Tangga. Katanya, dia sudah pun memaafkan suaminya. 

"Hati saya sakit bila dapat tahu awak ada perempuan lain. Tapi saya syukur sebab awak tak terlajak jauh."

"Memang nampak awak makin bertanggungjawab sekarang ini. Terima kasih sebab berusaha jadi suami dan ayah yang terbaik buat saya dan anak."

"Saya harap bila saya balik nanti awak belikan saya rangka ayam.."



Wow, happy ending! Siapa sangka melalui laman sosial ini, hubungan yang retak dapat dipulihkan kembali. Dan terima kasih kerana menyatakan kata kunci iaitu 'rangka ayam' yang sangat unik itu! (Ramai pula jadi mengidam rangka ayam goreng!).

Di samping itu, netizen menyatakan rasa terharu dan juga tersentuh dengan kisah suami isteri ini. Akhirnya, sesuatu pengakhiran yang manis boleh dijadikan inspirasi! - CARI 
17

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
4

Sedih
18

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JeepersCreepers 8-5-2017 07:00 PM
Nape eh semua benda kena luah di fb
Quote Deidra 8-5-2017 07:11 PM
Sooooo suweettttttttttt (ha amek..aku taip pendek kau tak kasik post kan
Quote fox. 8-5-2017 07:27 PM
Panjang sangat dik.malas  akak baca.nampak rangka ayam jah
Quote Mary_jane 8-5-2017 07:41 PM
So shuwittt.
Quote estrelle 8-5-2017 07:45 PM
Moga still jannah
Quote lasagnaklcc 8-5-2017 07:55 PM
Nape iols rasa takde apa yg sweet pon? Normal la kita hilang percaya kat org lepas ditipu hatta dia ngaku tobat tak buat lagi.
Quote MyNameIsIris 8-5-2017 07:58 PM
Deidra replied at 8-5-2017 07:11 PM
Sooooo suweettttttttttt (ha amek..aku taip pendek kau tak kasik post kan

10 patah perkataan min sis  
Quote zawara 8-5-2017 08:03 PM
sedapnya rangka ayam haha
Quote merrissa 8-5-2017 08:15 PM
sedap lak rangka...ayam dah lama x mkn ni
Quote dusunmind 8-5-2017 08:20 PM
Komunikasi yg penting dik...
Ni suma nak luah kat fb. Ingt settle kat fb ke kalau tak berdepan,  KOMUNIKASI.
Quote umbut 8-5-2017 08:22 PM
Pompuan boleh memaafkan... Tapi susah melupakan
Quote lindarafee 8-5-2017 08:43 PM
entahla. rumah tangga ni macam2 dugaannya.
Quote Allthatnana 8-5-2017 08:45 PM
Smoga berbahagia till jannah..
Quote Byuu 8-5-2017 08:47 PM
Alhamdulillah lepasni jangan pulak ulang balik perangai lama.
Quote ikinbest 8-5-2017 08:57 PM
alhamdulilah.. panjang jodoh...
Quote Deidra 8-5-2017 08:59 PM
MyNameIsIris replied at 8-5-2017 07:58 PM
10 patah perkataan min sis

Dia jangka kita ini sama level dgn saka fd tu kah,sekali shoot sepanjang satu karangan budak darjah enam,tanpa noktah tanpa koma?  
Quote ffbeauties 8-5-2017 09:13 PM
Asik duk ceduk krt je. Cam dah jd.... boooringggg
Quote ffbeauties 8-5-2017 09:14 PM
Asik duk ceduk krt je. Cam dah jd.... boooringggg
Quote swimswim 8-5-2017 09:19 PM
Kadang2 mmg sesuatu perkara tu perlukan org tgh. Apa2lah..asalkan semua dah kembali baik.itu yg utama

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037292 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top