CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kamera Dalam Pasu Bunga Jadi 'Mata' Penyamun

10-5-2017 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6890| Komen: 40

Licik! Sekumpulan penjenayah digelar Geng Itik aktif menyamun di sekitar Lembah Klang dengan meletakkan kamera mini di tempat strategik seperti pasu bunga rumah sasaran.


Memetik Harian Metro, polis menahan anggota kumpulan terbabit dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Setia Alam, di Shah Alam pada 5 Mei lalu, sekali gus membongkar aktiviti keji mereka itu.


Foto: Harian Metro

Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita Vietnam sementara seorang lagi lelaki dipercayai ketua kumpulan terbabit maut selepas terjatuh dari bangunan ketika cuba melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Shafien Mamat, pihaknya menemui enam kamera mini di rumah sewa geng itu yang dipercayai digunakan untuk menjadi ‘mata’ kepada mereka sebelum menyamun.


“Kamera menggunakan bateri itu disambung ke telefon bimbit suspek bagi memantau pergerakan keluar masuk di rumah mangsa yang menjadi sasaran.

“Ia boleh diletakkan di lokasi tertentu seperti pasu bunga di sekeliling rumah kerana berbentuk kecil dan sukar dilihat mangsa,” katanya pada sidang media.

Tambah Shafien, alat itu turut dipasang di luar kediaman penjenayah dan berfungsi sebagai kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengetahui sekiranya ada serbuan pihak berkuasa.

“Kami turut menemui beberapa telefon pintar, jam tangan, beg tangan, komputer riba dan rantai emas yang dipercayai hasil samun.

“Selain itu, sepucuk pistol, bom buatan sendiri, nombor plat palsu dan alat pecah rumah dirampas,” katanya. - CARI
10

Bagus
16

Marah
8

Terkejut
15

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ntahapapantah 10-5-2017 11:23 AM
Camana nak kesan kalau2 ada orang pasang kamera kat persekitaran umah kita?
Quote ffbeauties 10-5-2017 11:30 AM
Mujurla dah tertangkap.
Jahanam betul datang negara orang utk jd perompak:
Quote ronapink 10-5-2017 11:32 AM
bagus ni kalau beli letak kat rumah kita
Quote zamzam 10-5-2017 11:37 AM
ni yg jahit cakap orang asing sanggup buat kerja 3D
Quote Artemesiaa 10-5-2017 11:45 AM
Kena le rajin2 lihat sekeliling kawasan rumah check apa yang patut.  Jangan lepas park menonong je masuk rumah.  Jadi cam ni kan bahaya.
Quote merahrose 10-5-2017 11:53 AM
mna nk beli cam ni....
Quote JeepersCreepers 10-5-2017 12:07 PM
Adanya teknologi ni kdg2 lagi bahaya dr xde
Quote lindarafee 10-5-2017 12:19 PM
Warga asing dah advance
Quote ohnoLia 10-5-2017 12:21 PM
JeepersCreepers replied at 10-5-2017 12:07 PM
Adanya teknologi ni kdg2 lagi bahaya dr xde

Agree... ai lebih suka kembali ke 1500 tahun yg lampau.. asal iman kita lebih terpelihara... dan keselanatan lebih terjamin...
Quote ShiningStars 10-5-2017 12:42 PM
Deport balik je ke negara asal dorang..blacklist dorang dari masuk msia
Quote JeepersCreepers 10-5-2017 01:11 PM
ohnoLia replied at 10-5-2017 12:21 PM
Agree... ai lebih suka kembali ke 1500 tahun yg lampau.. asal iman kita lebih terpelihara... dan k ...

Kan..lgpun dulu boleh la mintak tolg jiran tolg tengok2an rumah..tp skrg klu kenal pon, jiran pun xde rumah semedang sbb masing2 keje
Quote mawarmatahari 10-5-2017 02:41 PM
Perompak pun ada inovasi dan kreatif....
Quote ohnoLia 10-5-2017 03:12 PM
JeepersCreepers replied at 10-5-2017 01:11 PM
Kan..lgpun dulu boleh la mintak tolg jiran tolg tengok2an rumah..tp skrg klu kenal pon, jiran pun ...

Tp kalau uncle ah cong nmpk stetmen kita haruslah di hencapnya  
Quote manjalara_01 10-5-2017 03:18 PM
ronapink replied at 10-5-2017 11:32 AM
bagus ni kalau beli letak kat rumah kita

spy camera ni originally utk tuan rumah skodeng perompak..
ni perompak pulak guna utk skodeng tuan rumah...








Quote manjalara_01 10-5-2017 03:20 PM
mawarmatahari replied at 10-5-2017 02:41 PM
Perompak pun ada inovasi dan kreatif....

perompak vietnam bg inspirasi pd perompak m'sia...
Quote ronapink 10-5-2017 03:24 PM
manjalara_01 replied at 10-5-2017 03:18 PM
spy camera ni originally utk tuan rumah skodeng perompak..
ni perompak pulak guna utk skodeng tua ...

orang jahat ni mcm2 idea
Quote manjalara_01 10-5-2017 03:31 PM
Edited by manjalara_01 at 10-5-2017 03:32 PM
Artemesiaa replied at 10-5-2017 11:45 AM
Kena le rajin2 lihat sekeliling kawasan rumah check apa yang patut.  Jangan lepas park menonong je m ...

org prempuan pulak kena "super rajin" sbb nak tambah lagi habit baru..pd yg dah ade..contohnye:
1- cepat2 tutup gate masa dah masuk drive way
JGN bukak kunci kreta dulu! JGN keluar kereta dulu...!! make sure GATE DAH TUTUP RAPAT...baru kluar..

2- cepat2 kluar kreta, cepat2 kunci kreta, cepat2 lari ke pintu rumah
JGN lupe pegang pepper spray!! Kalau terlupe bwk, JGN lupe pegang payung..!!! payung pun jadi la..JGN guna HP nnt leka!!

3- cepat2 kunci grill pintu, tgk kiri kanan depan blakang, atas bawah ..kena sentiasa hati2 walau dlm rumah sndiri!!
Alamak!...kena kluar balik nak check ade x camera sebesar 5 sen kat mana2...kat laman..mana tahu kan?




Quote Mary_jane 10-5-2017 04:27 PM
Macam2 cara perampok penyamun zaman sekarang, senang2 nak kebas duit orang.
Quote WhiskeyScotch 10-5-2017 04:46 PM
manjalara_01 replied at 10-5-2017 07:31 AM
org prempuan pulak kena "super rajin" sbb nak tambah lagi habit baru..pd yg dah ade..contohnye:
1 ...

Yeahhh pepper spray!!! Pepper spray tu sangat berguna di masa kecemasan. I pernah terkena tempias sikit pepper spray dekat tangan, ya Rabb pedih dia tak terkata.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040436 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top