CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

9 Jalan Paling Bahaya Di Dunia, Anda Berani Laluinya?

16-5-2017 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12395| Komen: 47|Original author: Oleh: Maly Rosli

Mereka yang menaiki roller coaster sekurang-kurangnya sekali tahulah bagaimana rasanya kena 'serangan jantung', bukan? 

Bagaimanapun, keselamatan permainan seumpamanya adalah lebih terjamin keselamatannya jika nak dibandingkan dengan jalan raya yang dibina di pinggir jurang yang curam, di padang pasir yang sunyi atau di atas air.


Memetik portal Bright Side, berikut adalah beberapa jalan raya yang paling bahaya dan mengerikan di dunia.

Jom menjelajah sebentar sambil membayangkan anda sedang memandu di atas semua jalan ini!


1. Terowong Guoliang, China


Terowong sepanjang 1.2 kilometer (km) ini dibina melalui banjaran gunung menuju ke Kampung Guoliang. Pada 1970-an, penduduk kampung membina terowong ini berserta 'tingkapnya' dengan hanya menggunakan peralatan tangan.

Lebar terowong hanyalah sekitar 4 meter atau 13 kaki, jadi pemandu perlu berhati-hati melalui terowong ini.


2. Pasar Stesen Kereta Api Maeklong, Thailand


Sekali tengok, Pasar Maeklong ni macam pasar biasa lain di Thailand saja. Tapi, tunggulah sehingga kereta api memberi isyarat kepada peniaga supaya bersiap untuk menyimpan barangan dan gerai jualan.

Kereta api berkenaan bergerak pada kelajuan 15 km/j.


3. Landasan Kereta Api di Ecuador


Landasan yang diberi julukan "Nose of the Devil" ini dibina di atas lereng berbatu pada ketinggian 800 meter (2,624 kaki) dari aras laut. 

Sebelum ini, pelancong dibenarkan untuk menaiki kereta api ini, namun baru-baru ini ia telah dilarang sama sekali untuk berbuat demikian.


4. Jambatan Landasan Kereta Api Pamban, India


Jambatan Pamban yang menghubungkan tanah besar India dengan pulau Pamban itu sebenarnya pernah musnah akibat angin kencang. Kini, kereta api akan menerima amaran bahaya sekiranya kelajuan angin mencecah 55 km/j.


5. Lebuh Raya Karakoram, Pakistan - China


Lebuhraya antarabangsa yang menghubungkan Punjab, Pakistan dan Kashgar, China itu merupakan jalan raya berturap tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 4,600 meter dari aras laut.


6. Passage du Gois, Perancis


Jalan menghubungkan Pulau Noirmoutier dan tanah besar Perancis ini akan 'hilang' dari pandangan kerana ditenggelami air sedalam 4 meter ketika air pasang. Dan pemandu hanya boleh melalui jalan itu dua kali sehari sahaja.


7. Lebuh Raya Leh-Manali, India


Jalan sempit ini bagaimanapun tidak menghalang pemandu tempatan daripada memecut kenderaan mereka pada kelajuan tinggi.


8. Jalan Raya Tianmen, China


Jalan sepanjang 11 km ini memiliki 99 selekoh menuju ke puncak Gunung Tianmen di mana terletaknya kuil Buddha.


9. Lebuh Raya Eyre, Australia

Foto: Bright Side

Cantik dan memukau pemandangannya namun, lebuh raya ini sangat berbahaya. Malah, kadar kemalangan di lebuh raya ini adalah sangat tinggi. 

Ini adalah kerana landskapnya yang sangat membosankan sehingga menyebabkan pemandunya boleh terlelap.


Macam mana? Rasa tak 'thrill' macam naik roller coaster? - CARI
6

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 16-5-2017 06:12 PM
xpyh la sesuah nak lalu sini. menempah jalan ke neraka je rupanya
Quote estrelle 16-5-2017 06:18 PM
Dah kenapa macam tkde tempat lain je nak berjual beli di pasar keretapi maklong tu
Quote lum_lum 16-5-2017 07:21 PM
mmg mencabar fizikal n mental...
Quote sweetsour25 16-5-2017 08:26 PM
Xke penat asik kne alih barang?
Quote Cikjie 16-5-2017 10:04 PM
Yg d thai tu mmg mencabar..
Quote hdon 16-5-2017 10:37 PM
Ngeri tgk jln raya di tebing gunung tinggi
Quote Miming2 16-5-2017 11:42 PM
yg kat china tu yg ngeri
Quote RooneyMara 17-5-2017 02:43 AM
Punya la besar Thailand, takde tmpt lain ke nak buat pasar.
Quote kikiharris 17-5-2017 03:15 AM
tak boleh hadam betullah aku yg part pasar tu
dah satu hal plak nak keluar masuk barang berniaga bila train nak lalu..adoii aiii
Quote ainashiqa 17-5-2017 07:34 AM
Byr 2.6bil pn xnk lalu jln2 ni.gile ah..
Quote husie91 17-5-2017 08:39 AM
Ada some of jalan ni yg ada dlm movie tp iols dh tak ingt cerita apa. Lebuh raya eyre tu pon slalu dlm movie omputeh, yang china byk selekoh tu mcm dlm cerita initial d lakonan jay chow
Quote Leo_Gurlz 17-5-2017 09:45 AM
memang tak akan lalu jalan yg dlm pic 1, 7 & 8. scary sangattttt
Quote eddlala 17-5-2017 09:56 AM
Tak boleh hadam betol pasar dekat laluan keretapi.
Quote amon_79 17-5-2017 10:10 AM
pegi bukit tinggi, padang... bila turun nk ke danau meninjau... jln dia pon boleh tahan... selekoh dia muat2 saiz coster jer...tu pon pemandu yg berpengalaman bw jln tu jer yg brani lalu
Quote harrypoter 17-5-2017 10:25 AM
sebenarnya tengok dlm gambar memang ngeri, bila duduk kat situ takdela ngeri sgt pun....sama la mcm jln naik ke genting highland, kalau dlm gambar nmpk ngeri
Quote harrypoter 17-5-2017 10:26 AM
jlnraya kat tmpt kita ni lagi ngeri dan mengerikan
Quote noreen 17-5-2017 10:39 AM
dh knp buat jalan gitu..buat jalan yg selamat xleh ke deyy
Quote Ayda89 17-5-2017 11:00 AM
Taknak lah bayangkan lalu situ, seram i, kalau nak suruh bayangkan jugak nombor 9 je i berani
Quote saladin780 17-5-2017 11:13 AM
jalanraya kat malaysia pun lagi ngeri..ramai pemandu gila bwk kete mengelupor persis babi nak beranak

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.294065 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top