CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malu Buat Ujian Kesan Kanser Serviks, Wanita Digalakkan Pakai Topeng

18-5-2017 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5379| Komen: 49

Dalam usaha menggalakkan wanita menjalani ujian pap smear, hospital di wilayah Kamphaeng Phet melancarkan satu kempen kreatif iaitu dengan memberikan topeng muka bagi mereka yang malu untuk menjalani ujian berkenaan.


Memetik laporan Bangkok Post, Kempen 'the mask pap smear' yang telah berjaya menarik lebih ramai wanita menjalankan ujian mengesan kanser serviks dan payudara itu memberikan wanita penutup muka bagi mengurangkan rasa malu dan janggal.

Datuk Bandar organisasi pentadbiran Sakaeo Tambon, Suwan Supakitcharoen berkata, bilangan wanita yang sanggup menjalani ujian pap smear untuk kedua jenis kanser setiap tahun amat rendah, dan kira-kira 8-9 peratus daripada wanita berusia 30 - 70 tahun berasa malu untuk mendedahkan bahagian sulit mereka kepada kakitangan perubatan.

Sementara itu, Pengarah Hospital Tambon Nong Klod, Pornthip Pongsal mengakui amat sukar untuk meyakinkan wanita untuk menjalani ujian pap smear kerana kebanyakan takut atau berasa malu untuk membuka pakaian di hadapan doktor.


"Tetapi selepas wanita diberi topeng untuk dipakai, dia berkata bahawa lebih ramai wanita sanggup mengambil ujian, dengan purata 40-50 kes setiap hari." 

Salah seorang wanita yang mengambil ujian berkenaan, Wanpen Sapcharoen, 50, berkata dia berasa lebih yakin untuk mengambil ujian selepas memakai topeng.- CARI

sumber: BBC
sumber : http://www.odditycentral.com
sumber : BBC





5

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Super-M 18-5-2017 03:53 PM
wanita malaysia pun ramai gini.sikit2 malu, itu ini malu..  apa ingat doctor tu jelak sgt nak tengok miss v ko tu. doctor pun xda keje nak  ngingat rupa bentuk miss v ko.so pergi je, kesihatan penting.
Quote siputsedut 18-5-2017 04:07 PM
Super-M replied at 18-5-2017 03:53 PM
wanita malaysia pun ramai gini.sikit2 malu, itu ini malu..  apa ingat doctor tu jelak sgt nak tengok ...

Kalau pap smear kt klinik gomen..nurse pompuan yg buat...pastu cuma few second je..agaknya nurse pon x sempat nk tilik tempat tu dah siap dah ambil swab...

Apepon..buatla ujian pap smear setiap tahun...kt gomen free je uols..boleh walk in je..tp make sure 5 hari lps period habis(kalu x salah) dan x boleh bersama suami 24 jam sebelumnya...
Quote Super-M 18-5-2017 04:36 PM
siputsedut replied at 18-5-2017 04:07 PM
Kalau pap smear kt klinik gomen..nurse pompuan yg buat...pastu cuma few second je..agaknya nurse p ...

ha betul..klinik swasta pun murah rm30 shj papsmear.. bandar besar rm50.Hospital penawar rajin buat promosi juga.

ramai2 lah pergi untuk kesihatan.kdg2 luaran nampak sihat, dalaman kita tak tahu. kalau ada discharge,lab pun boleh kesan normal atau abnormal.

pesanan aku kalau dtg ,ha.. pakai skirt senang tinggal selak je.  
Quote syeffy0291 18-5-2017 04:44 PM
sakit tak ek buat? i nak buat takot uols..i pikir mase nk bersalib doc check jalan cmtu sakit nak mati oiii!!
Quote slavehunter 18-5-2017 04:46 PM
Why malu? Kalau jadi masseur hookers tak malu plak? Fikir la utk kesihatan diri.
Quote prettyuglybabe 18-5-2017 05:09 PM
siputsedut replied at 18-5-2017 04:07 PM
Kalau pap smear kt klinik gomen..nurse pompuan yg buat...pastu cuma few second je..agaknya nurse p ...

kalau terlebih hari period habis boleh tak?
Quote pearl.silver 18-5-2017 05:15 PM
Seram lak gi klinik nmpk muka topeng2 gitu...
Quote siputsedut 18-5-2017 05:17 PM
prettyuglybabe replied at 18-5-2017 05:09 PM
kalau terlebih hari period habis boleh tak?

Tak boleh..haha uols try call dlu klinik confirmkan hari ke berapa..iols buat 8 bln lps so dah lupa...tp mmg xleh miss hari tu..kalau miss kene tunggu next period cycle...
Quote siputsedut 18-5-2017 05:18 PM
syeffy0291 replied at 18-5-2017 04:44 PM
sakit tak ek buat? i nak buat takot uols..i pikir mase nk bersalib doc check jalan cmtu sakit nak ma ...


Tak sakit...just tak selesa masa dia bukak bukaan dgn speculum tu..tapi lek sudah..tarik nafas..nnt x sakit la..swab tu x rasa pon dia ambik..tau2 misi kata ok dah...kekadang tu sakit sbb uols keraskan badan masa nk seluk tu...tarik nafas..loose kan badan..rilek2..insyaAllah x sakit
Quote siputsedut 18-5-2017 05:20 PM
Super-M replied at 18-5-2017 04:36 PM
ha betul..klinik swasta pun murah rm30 shj papsmear.. bandar besar rm50.Hospital penawar rajin bua ...

Tu la...aku kan..yg mana klinik gomen kata foc mmg aku pegi je tp swasta pon x mahal kan...mostly aku dgr yg xnak pergi sbb takut sakit...habis tu kalu kene kanser serviks..buat radioterapi chemo tu...lg x sakit kah?
Quote ahlisihircute 18-5-2017 05:29 PM

1st time aku buat...pas nurse dah swap...dia suruh dtg balik 2..3 hari kemudian....
siap dia warning kat aku bila dtg balik jgn main malam tu...
nurse ckp yg dia swap tu x le pakai......
Quote prettyuglybabe 18-5-2017 05:51 PM
siputsedut replied at 18-5-2017 05:17 PM
Tak boleh..haha uols try call dlu klinik confirmkan hari ke berapa..iols buat 8 bln lps so dah lup ...

iols period tak tetap.. payah sikit nak plan
Quote syeffy0291 18-5-2017 05:52 PM
siputsedut replied at 18-5-2017 05:18 PM
Tak sakit...just tak selesa masa dia bukak bukaan dgn speculum tu..tapi lek sudah..tarik nafas.. ...

ohh ok2 tq ..boleh buat senang hati cmni
Quote knnk 18-5-2017 06:10 PM
siputsedut replied at 18-5-2017 04:07 PM
Kalau pap smear kt klinik gomen..nurse pompuan yg buat...pastu cuma few second je..agaknya nurse p ...

Kalau early 20's elok ke buat?
Sebab I dengar ada doc galakkan umur 30 ke atas.
Dari umur berapa kita boleh buat sebenarnya ya?
Quote donashikun 18-5-2017 06:19 PM
apa nk malunya...klu xpenah kwin tu harus la jgk malu. ni dh beranak pinak. aku dh buat 2x dah
Quote donashikun 18-5-2017 06:19 PM
apa nk malunya...klu xpenah kwin tu harus la jgk malu. ni dh beranak pinak. aku dh buat 2x dah
Quote Super-M 18-5-2017 06:48 PM
ahlisihircute replied at 18-5-2017 05:29 PM
1st time aku buat...pas nurse dah swap...dia suruh dtg balik 2..3 hari kemudian....
siap dia warn ...

kalau main kenapa?  serius xtahu plk? ada sekali doc bantai gelak tersipu sbb ada rerambut masa swap dlm tu.  
Quote Super-M 18-5-2017 06:51 PM
Edited by Super-M at 18-5-2017 06:52 PM
siputsedut replied at 18-5-2017 05:20 PM
Tu la...aku kan..yg mana klinik gomen kata foc mmg aku pegi je  tp swasta pon x mahal kan...most ...


tu lah.. nak malu kenapa.. pencegahan awal tu kan bagus.

ada yg cakap sakit, tp bg aku xkot.. doc siap pukul2 peha suruh jangan keraskan badan..kejap je.. lpstu siap,xda lah sampai merana mcm kena sula.
Quote ahlisihircute 18-5-2017 06:52 PM
Super-M replied at 18-5-2017 06:48 PM
kalau main kenapa?  serius xtahu plk? ada sekali doc bantai gelak tersipu sbb ada rerambut masa sw ...

Bukan pasal rambut. ..tp penuh ngan campuran air. .hahhahaha

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.160587 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top