Akibat perselisihan faham, seorang anak tergamak bukan sahaja menikam leher tetapi turut menetak kepala bapanya dengan parang di rumah mereka di Kampung Sungai Gading 1 Wakuba, Batu 15, Jalan Apas, di Tawau kira-kira pukul 3.10 awal pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian, suspek yang dikenali Ali Nordin berusia 56 tahun yang cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah dibunuh anaknya yang dipercayai di bawah pengaruh dadah dengan menggunakan parang sepanjang 28 inci serta pisau. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan satu kes tikaman di kampung tersebut. Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mangsa ditemukan terbaring berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. “Kejadian itu dipercayai akibat perselisihan faham hingga menyebabkan suspek bertindak menikam leher dan menetak kepala mangsa menggunakan pisau serta parang panjang sebelum menikam perutnya sendiri." “Suspek yang mengalami kecederaan teruk dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan.”
Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- CARI |
11
Bagus |
23
Marah |
14
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ronapink replied at 18-5-2017 09:19 PM
thread ni
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1042961&fromuid=2230163
spiderman80 replied at 18-5-2017 09:21 PM
Ronapink, ini kan thread Wartawan Cari?
ADVERTISEMENT