CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rakaman Dua Anggota Polis Dipercayai Minta "Duit Pengeras" Dari Warga Asing

19-5-2017 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9353| Komen: 50|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Gejala rasuah dilihat semakin menjadi barah di sektor awam dan juga swasta di negara kita.

Malah, lebih memalukan lagi apabila Malaysia telah dinamakan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015. Anugerah itu diberikan oleh foreignpolicy.com iaitu sebuah bahagian di bawah Washington Post Company.


Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.

Terbaru, satu lagi kes dipercayai berkaitan dengan rasuah mula tular di media sosial semenjak semalam. Video itu memaparkan dua anggota polis Unit Peronda Bermotosikal (URB) menerima wang suapan dari seorang warga asing dipercayai rakyat Pakistan.

Loading FB Video...


Rakaman video berdurasi 1 minit 27 saat yang dirakam secara bersembunyi oleh individu yang tidak ingin dikenali itu menunjukkan dua orang anggota polis menahan seorang lelaki warga asing yang menunggang sebuah motosikal. 

Tanpa banyak menyoal, salah seorang anggota polis mengambil bungkusan plastik yang mengandungi dompet warga asing tersebut. Kemudian, anggota polis itu menuju ke arah motosikal perondanya dan berpura-pura seperti sedang menulis saman. 

Walaupun rakaman video agak tidak jelas, namun dapat dilihat anggota polis tersebut memasukkan sesuatu dipercayai wang kertas ke dalam peti kecil di bahagian belakang motosikalnya.


Sebaik sahaja anggota polis itu menyerahkan kembali bungkusan plastik kepada warga asing tersebut, lelaki warga asing itu kelihatan tersenyum dan kemudian terus beredar dari tempat kejadian.

Rata-rata netizen mengutuk keras perbuatan dua anggota polis ini. Ada juga yang menyarankan agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat mengenai dakwaan rasuah ini. - CARI





33

Bagus
28

Marah
27

Terkejut
29

Sedih
31

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gendut 19-5-2017 06:44 PM
Apo nak dikato
Quote barfi 19-5-2017 07:28 PM
Haha padan muka ko polis. Dah kantoi
Quote RatuDunia94 19-5-2017 07:32 PM
Pastu bg ank bini makan.. Patut anak x menjadi.
Quote Skuau 19-5-2017 08:28 PM
1 polis tangkap...1.5 juta lg 'dipanggil datang'...baik buat lagu ni... :
Quote marla69 19-5-2017 08:29 PM
Uishhh..nak marah sapa ni
Quote CrowneGlory 19-5-2017 09:18 PM
Dah ketua2 gomen lg bapak segala rasuah apa la sgt polis2 cabuk...kepimpinan melalui tauladan gitu
Quote kiambang 19-5-2017 09:40 PM
Abis lah ... terang lagi bersuluh ...
Quote tahanlasak 19-5-2017 10:03 PM
... hissshhh ... apa mau bikin .. ini keleja susah mau cakap woo ....
Quote KakiSelpi 19-5-2017 10:28 PM
skrg sumer org dah ader fon camera....
even budak2 skali pon....

kalo dulu2 boleh la.... padan la muka kau...
kasi anak beranak makan duit haremmmm....


podahhh....
Quote krustykrab 19-5-2017 10:32 PM
Abis la sprm mai ketuk pintu ...
Quote Andyscenes 19-5-2017 10:33 PM
Matilah kau polis
Quote beautifulliar 19-5-2017 10:34 PM
Benda biase dikalangan polis..pastu acah2 inesen pdhl lapar duit..10 hinggit pun takpe asalkn lepas duit rokok duit kopi sume ti..deme2 ni klu ngan foreigner lagi cam babik ambik kesempatan mintak2 duit lebih
Quote romeor 19-5-2017 11:12 PM
Aku dulu pun pernah kena gak tapi aku tak bagi aku terus blah je.Masa kena tahan memang la aku laju, kena tahan berhenti mintak lesen lepas tu dia bukak buku tujuk kat aku aku ambik lesen aku blah tak letak pun ape2 kat buku tu. Kononnya dia ingat aku nak letak le duit kat buku tu masa ambik lesen sbb dia ckp takpe la lainkali jgn laju lagi dambil bukak buku. Aku ambik lesen kat buku tu terus blah. Tak lama dpt saman.
Quote merrissa 20-5-2017 12:46 AM
nasib baik hp video horizontal.....nasib baik hp quality HD.....nasib baik tukang tangkap x berapa gegar....

ni baru la 2017
Quote trakea 20-5-2017 04:45 AM
Sekadar "dipercayai" saja ? Hmm.Lantaklah pendatang kena pau
Quote Ferr_Remy 20-5-2017 05:54 AM
trakea replied at 20-5-2017 04:45 AM
Sekadar "dipercayai" saja ? Hmm.Lantaklah pendatang kena pau

Bodo gak pemikiran ko eh?  
Quote Jorja 20-5-2017 06:04 AM
Kat sabah dah ada suku kaum pakistan ramai je org local kahwin pakistan ke  yindia coz mostly derang ni rajin bkerja..anak2 so cantik & hensem ala2 vie shantie ...ada sorang tauke restoran akbar dah buka satu cawangan lagi.. & dah beli banglo..laki pakistan yindia bini bugis indonesia hidup berjaya di sabah ..pendatang2 ni harus terima kasih banyak2 pada polis yg mcm atas ni & bapak syaiton yg belum mati pgasas projek ic sabah kerana bagi mereka peluang berjaya di perantaun.. Hamdalah
Quote eLiaD 20-5-2017 06:14 AM
first time tgk video ni nmpk cam abam polis ni amik sesuatu dlm plastik tu dan trus ngap..igt kan dia pow makanan
Quote NekNgah 20-5-2017 08:20 AM
Sekarang teknologi semakin canggih. Bila terserempak kejadian seperti ini, bagus juga di rakam & disebar.  Sekurang - kurangnya dapat menakutkan orang - orang yang suka rasuah ni.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.063347 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top