Kelibat penerbit filem, David Teo yang duduk diapit pelakon Mat Over dan Datuk Rosyam Noor mencuri perhatian perdana menteri apabila mereka hadir ke majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional 2016 di UiTM, Shah Alam kelmarin.
Memetik laporan Bernama, ketika ucapannya, Datuk Seri Najib Razak menjadikan Mat Over dan David sebagai contoh bagi memupuk perpaduan di negara ini. "Ni, depan saya ni, nampaknya saudara Mat Over pun hadir dan Mejar David Teo pun ada, duduk sama-sama lagi." "Macam ni la bagus, ini yang saya mahu sebagai PM dan kerajaan hendak lihat rakyat kita bersatu-padu, barulah Malaysia akan berjaya," kata Najib. Menurut Najib, apa yang dilakukan beliau dan kerajaan pada masa ini adalah demi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum. "Jadi kita tidak mahu gaduh-gaduh, kita nak semua berbaik-baik, tolong–menolong antara satu sama lain, agar negara kita aman dan makmur,," katanya.
Rabu lalu, Najib menjadi tuan rumah pada sesi dialog TN50 bersama penggiat seni di kediaman rasminya di Putrajaya. Kekecohan berlaku apabila Teo meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat bertanyakan soalan dan cara Rosyam mengendalikan sesi dialog itu. Bagaimanapun, belum sempat habis bercakap, Mat Over meluru ke arah penerbit filem itu dan menamparnya kerana menyifatkannya biadap di hadapan perdana menteri.- CARI |
2
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harrypoter replied at 24-5-2017 11:50 AM
dah namapun pelakon kan.....
kelapaparut replied at 24-5-2017 11:56 AM
Duduk sblh2 pun muke masam, nmpk sgt blakon, xpayah tipu la korang da berbaik,dlm hati mesti ade sek ...
ADVERTISEMENT