Baru-baru tersebar luas gambar kereta peronda polis yang tayarnya dikapit mengundang sindiran pengguna media sosial. Foto kenderaan itu, diparkir di depan restoran Salam Noodles, dikongsi lebih 20,800 kali dan digemari lebih 7,600 pengguna Twitter.
Memetik laporan Malay Mail Online, seorang pengguna media sosial itu Shazwan Musk memaklumkan di akaun Twitter polis agar memberi perhatian pada kejadian itu tetapi tidak berjawab. Gambar itu dimuatkan Alif Hafiz Yusof pada Ahad dengan tulisan “kau fikir kau siapa”, lirik lagu Kalah Dalam Menang nyanyian Mawi dan Syamsul Yusof. Semakan menerusi Google Street View menunjukkan restoran berkenaan berlokasi di Cyberjaya, cuma kejadian itu tidak pasti bila ianya berlaku. Walau bagaimanapun, pujian wajar diberikan kepada pihak penguatkuasa di Cyberjaya yang bertindak sama rata buat sesiapa pun yang melanggar undang-undang, tindakan itu wajar dijadikan contoh kepada semua penguatkuasa yang lain.
Manakala bagi pihak berkuasa dan ahli politik yang berjawatan atau berpangkat, ambillah perkara itu sebagai satu ikhtibar dan wajar bersikap mengikut undang-undang kerana di bawah perundangan semua orang adalah sama rata.- CARI |
10
Bagus |
16
Marah |
10
Terkejut |
19
Sedih |
13
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cucukpipi replied at 25-5-2017 01:34 PM
apa la, ntah2 polis tu tgh jalankan tugas tangkap orang ke apa ke. ni mesti guard nepal tarak tahu b ...
PEPPERMAN replied at 25-5-2017 01:37 PM
Setuju!
What if ada kes kecemasan?
Atau kena mengiringi menteri ke majlis bersama rakyat?
ADVERTISEMENT