Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan di KM433.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 1 tengah tadi. Memetik laporan Utusan Malaysia, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua polis daerah Hulu Selangor Supt R.Supramaniam berkata bayi berkenaan, Aril Rizqin Redza Shahril disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. “Kemalangan itu menyebabkan isteri Shahril, Rafnah Mongudancgal, 35, dan bayinya Aril Rizqin Redza tercampak keluar dari kereta.”
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup sebuah kereta yang dimuat naik di Youtube, jelas menunjukkan kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang wanita, S. Nishanty, 27, tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu Shahril Salleh, 32 terbabas ke dalam longkang. Rafnah, Shahril dan dua lagi anak lelaki mereka, Aril Hakimi Ashraf, 11, dan Aril Zakuan Haris, 4, serta pemandu kereta Persona itu hanya mengalami cedera ringan. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.- CARI |
12
Bagus |
4
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
susukambingbest replied at 29-5-2017 07:15 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun, takziah fmily mgsa. Nasib baik ada pic krusi bby trcmpak kluar, klau ...
matchstick replied at 29-5-2017 09:00 AM
driver persona tu over nau paniknya...kalu rasa kena himpit hon lah kuat2 keta yg himpit ko tuh. ni ...
tri-max replied at 28-5-2017 07:07 PM
ye... nasib ada gmbr carseat....
inalillah
idril replied at 29-5-2017 09:39 AM
ni mcm x proper letak seatbelt ni dekat baby carrier sbb mcm mustahil mende alah tu terbang skali ka ...
Peterpan17 replied at 29-5-2017 09:43 AM
Betul. Dulu aku pernah nmpk aksiden di Jerantut bus langgar keta MPV. Baby dlm MPV tu di ikat dlm ...
idril replied at 29-5-2017 09:45 AM
tu la ni mcm baby carrier tu di pegang jer ni..... ini aku nyer assumption lar kalau salah sorry
...
ADVERTISEMENT