Bayi lelaki yang ditemui dibuang di dalam tong sampah bertutup di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya, Temerloh pagi semalam akan diberikan nama Mohd Ramadan sempena mengambil keberkatan bulan yang penuh barakah untuk umat Islam. Demikian yang diberitahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Mutimedia Negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin selepas meluangkan masa hampir setengah jam melawat bayi berkenaan di NICU HOSHAS. Memetik laporan Bernama, bayi seberat 2.4 kilogram itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di Temerloh. “Bayi berkenaan berada dalam keadaan baik walaupun terdapat sedikit luka sepanjang tiga sentimeter di atas kepala sebelah kanan dan telah pun menerima dua jahitan. Untuk sementara bayi lelaki ini akan ditempatkan di HOSHAH untuk pemerhatian selama seminggu."
Katanya pihak JKM telah pun menerima banyak permohonan untuk menjadikan bayi berkenaan sebagai anak angkat, namun ia akan mengambil sedikit masa kerana perlu melalui beberapa prosedur tertentu selain hanya boleh dilakukan jika tiada tuntutan hak penjagaan daripada keluarga bayi berkenaan. Dalam masa yang sama Shahaniza turut menasihati remaja dan wanita di negeri ini supaya menjaga diri dan mengelak diri daripada pergaulan bebas untuk menghindar kejadian hamil luar nikah.- CARI |
23
Bagus |
19
Marah |
35
Terkejut |
23
Sedih |
30
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
beautifulliar replied at 28-5-2017 08:55 PM
Ya Allah nape la kejam sgt gi buh dlm tong..buat nye dlm tong tu ada kaca or besi aku duk bayangkan ...
cap_ayam replied at 28-5-2017 08:57 PM
Tu yang berdarah sikit kepalanya
ADVERTISEMENT