Kemaskini 3.34 ptg Perkembangan terkini, lelaki yang koma selepas dibelasah kerana didakwa mencabul wanita, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, 12.30 tengah hari, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, ini sekaligus menjadikan kes belasah itu kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI --------------------- Kemaskini 3.00 ptg Lima individu termasuk wanita ditahan bagi membantu siastan berhubung kes seorang lelaki berusia 31 tahun yang dibelasah hingga koma pada Ahad. Memetik laporan Astro Awani, lelaki tersebut dibelasah selepas didakwa mencabul seorang pekerja kedai telekomunikasi dalam tandas sebuah kompleks beli belah di Alor Setar. Semua yang ditahan berusia belasan tahun hingga 20an, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Rohana Omar.
Dikatakan dalam kejadian 4 petang Ahad, seorang lelaki didakwa cuba memeluk mangsa yang berusia 21 tahun dalam tandas sebelum menekup mulut mangsa. Berlaku pergelutan hampir sepuluh minit sebelum mangsa dapat meloloskan diri dan meminta bantuan orang awam. Lelaki terbabit kemudian dibelasah teruk di bahagian muka dan juga kepala sebelum diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) dan kemudian membawanye ke Hospital Sultanah Bahiyah. Suspek kini kritikal dan dirawat di zon merah akibat kecederaan parah di kepala. - CARI |
21
Bagus |
11
Marah |
23
Terkejut |
21
Sedih |
24
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Zasss777 replied at 30-5-2017 03:33 PM
Kalau mati lah lelaki tu, tak pasal yg belasah tu jadi pembunuh.
M.Rose replied at 30-5-2017 04:02 PM
Kompem ke dia? Pkul2 manja dh la. Ni smpai meninggal.
SuRiaGreeNz replied at 30-5-2017 03:44 PM
dah mati...
Lelaki dibelasah meninggal dunia, kes jadi kes bunuh
ADVERTISEMENT