Kerani Bukan Sasaran, Cemburu Dan Dendam Motif Letupan Bom Di Tumpat KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Siasatan awal polis terhadap suspek dalam kejadian letupan bom dalam bungkusan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Ahad lepas, menunjukkan kerani sekolah yang maut dalam kejadian itu bukan sasaran sebenar. Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA). "Kita tidak menolak kemungkinan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat. Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya. Ekoran kejadian itu polis menahan reman seorang sarjan tentera berusia 29 tahun bagi membantu siasatan. Mazlan berkata pasukan khas yang ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, telah memanggil isteri suspek dan anggota PGA berkenaan bagi memberi keterangan dan yakin kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat. -- BERNAMA P/S: Perkara yang aku paling tak suka bila penjenayah silap sasaran. Orang yg tak berdosa jadi mangsa.
|
Perkara yang aku paling tak suka bila penjenayah silap sararan.
Innrukia posted on 17-8-2013 08:28 AM
Isteri suspek ada hubungan dgn family mangsa???
sapa kata yg jd isteri org nih semua berkualiti
skymania posted on 17-8-2013 10:15 AM
bodoh punyer sarjan! nak mengebom..tp teknik ke laut.. ko pegi jmpe depan2 ngan mamat tuh kan senang ...
jazaa posted on 17-8-2013 10:20 AM
Tu lah.....abg ipar mangsa punya angkara, tak pasal-pasal org lain yg kena....ank baru 4 bln..
mrsrezza posted on 17-8-2013 10:32 AM
Ni spesis psiko..bila x dpt nak moyan..x fikir panjang..asal ko x bom je bini ko yg gatal merenyam t ...
lavapost posted on 17-8-2013 10:41 AM
Baik bom diri sendiri kalau bini syiok.dgn balak lain..malu 7 generasi woii...
ADVERTISEMENT