CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kali Ini Tiada Selipar Terbang, ' Makcik Hajah' Pula Mengamuk Di Stesen Minyak

7-6-2017 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17259| Komen: 90|Original author: Oleh: Myra Rozi

Selepas kejadian 'selipar terbang' yang menjadi perbualan hangat sebelum ini, ramailah pihak tampil melontarkan pandangan masing-masing dan tidak kurang juga yang mula memandang sinis terhadap kaum Hawa.


Sifat lemah lembut dan sopan santun yang sepatutnya menjadi lambang seorang wanita nampaknya semakain terhakis nilainya pada zaman kini.

Sebuah video yang dimuat naik di Facebook Effendiey Ismail semalam menunjukkan seorang lagi wanita yang mengamuk sambil melemparkan kata-kata kesat.


Rakaman video berdurasi 1 minit 21 saat itu menyaksikan bukti yang menunjukkan wanita terbabit menjerit, memaki hamun serta mengeluarkan isyarat lucah untuk melepaskan marah.

Kali ini kejadian berlaku di sebuah stesen minyak Shell di Bukit Senyum. Menurut status yang dimuat naik, makcik yang digelar sebagai 'Hajah Heathrow' itu mengamuk sakan kerana mendakwa Effendiey menghalang laluannya semasa hendak keluar.

Tak cukup dengan itu, siap membodoh-bodohkan lelaki tersebut dengan perkataan-perkataan yang kasar dan lucah, tak padan dengan penampilannya yang bertudung labuh. 

"Kau ingat apa aku perempuan tak berani ke, "B*T*H"

Seorang lelaki muda yang berada di tempat duduk belakang cuma sesekali kedengaran menyampuk sementara lelaki yang berada di tempat duduk sebelah kereta pula keluar dan mengambil gambar motor Effendiey. 

Mungkin niatnya mahu menjadikan kejadian terbabit viral, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya apabila video yang dirakam Effendiey ini telah menjadi tular terlebih dahulu dengan lebih dari 5 ribu perkongsian.

Netizen yang melihat rakaman ini kebanyakannya mengutuk perbuatan wanita tersebut yang dianggap keterlaluan.

"Benda kecil kau nak kecoh, pintu ada dua kot, lalu jela sebelah tak payah maki orang."
"Tau la badan kau besar tak muat nak lalu, tapi bulan puasa ni sayitan kena ikat kau pulak jadi sayitan."
"Alahai sorang lagi akak mengamuk, nasib tak baling selipar."

Apa pun, jangan membuat spekulasi bukan-bukan dahulu kerana hanya cerita sebelah pihak yang diketahui setakat ini. Kita tunggu sahaja mungkin akan ada penjelasan dari mereka yang menaiki kereta Swift itu nanti. -CARI
22

Bagus
23

Marah
30

Terkejut
16

Sedih
30

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adel7 7-6-2017 11:14 AM
Mengalah jela ngn org lebih tua.
Quote manehnya 7-6-2017 11:18 AM
sikit2 nk bideo - viral

semua org ada henpong kekdah nye...

skrg klu keluar kena hati2, silap sikit jd femos amos
Quote estrelle 7-6-2017 11:22 AM
Makin ramai pulak manusia sakit mental di bulan puasa ni..bawak2 bersabar macikk.
Quote idakamaruddin 7-6-2017 11:24 AM
yang pasti dua2 lapar perhatian

ko pn sama la wahai budak..kalau ko mengalah tak salah pn

ko pn sama nk saham kongsi dosa mengumpat mengutuk org

benci btl aku zaman skg ni sikit2 nk viral

batak like ke cane?

cc: @beautifulliar @WhiskeyScotch @WhiskeyScotch
Quote cheergirlz 7-6-2017 11:27 AM
errmm...mcm2 hal...
Quote zawara 7-6-2017 11:39 AM
abg yg pegang sikat tu awat tak tenangkan makcik tu dulu,  bulan puasa kan..  
musim makcik2 meroyan

Quote Cyempaka 7-6-2017 11:42 AM
alahai dek pendi, kena keji bodoh sikit dah sentap ke
org nak viral dia pun nak viral
yg ko pegi blok pintu kenapa..? dia badan beso mana muat sebelah pintu

acik pun bawak2 la betenang skit.
Quote Zasss777 7-6-2017 11:44 AM
Ish ish ish mokcik mokcik. Kan dah femes! Malu kat cucu je! Huhuhu
Quote leylapple 7-6-2017 11:53 AM
dulu2 org ckp kat aku, dalam bulan puasa takder setan...

tapi thn nie byk pulak setan tak kena ikat...
Quote harkktuih 7-6-2017 11:58 AM
setan dah evolve jadi manusia..
Quote -electrifying- 7-6-2017 12:05 PM
bile ptg bersabar, bila mlm dh buka pose hilang semua sbr tu
Quote KucingKedai 7-6-2017 12:09 PM
Cepat benar darah naik bulan puasa ni ye. Pasal ni la aku malas nak kuar2 gi makan ke, bazaar ke.. orang mcm makin ramai yg stress n mental. Mengapakah?
Quote haryatie 7-6-2017 12:14 PM
posa2 ni perut lapar kut...
tu pasal cpt betul naik angin kan..
posa2 ni bukan posa x makan, x minum jerk makcik oiii

Quote MelZ_Eulalia 7-6-2017 12:23 PM
perut lapa punye pasal, segala b*t* keluar, bawak mengucap lah acik oiii, buat penat je puasa
Quote chinta89 7-6-2017 12:35 PM
semua org sibuk nk buka aib org.


ape ertinya Ramadhan kat korang?
Quote munchkin 7-6-2017 12:36 PM
Apasal depa ni sikit sikit viral ye? No balls. Lembek.

Semalam sorang mamat ni berkopiah bekejar balik menyelit  langgar side mirror aku. Orang semua pandang dia baru berhenti kat depan angkat tangan. Sorang pakcik ni pulak yg lalu ngan motor berhenti kat kereta aku tolong betulkan. Cuba kalau aku marah, sure kena viral dengan tiket kemenangan dia berterawih bagai. Mana kesabaran dia sementelah baru balik beribadat. Pakcik tu pulak yg baik hati pi betulkan.
Quote sofiazara 7-6-2017 12:40 PM
perlu ke nak viralkan?

hadap jela kena maki situ. takyahla ajak org lain sama2 maki pulak
Quote MsKathryn 7-6-2017 01:25 PM
Satu family gemuk gedempol.
Quote kentel 7-6-2017 01:25 PM
ade jugak setan betina terlepas?

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.164079 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top