CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Gaduh Di Restoran Nasi Kandar: 3 Lelaki Ditahan, 3 Lagi Diburu Polis

8-6-2017 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6205| Komen: 25



Seorang penyelia restoran cedera ketika cuba menghentikan pergaduhan antara 2 kumpulan lelaki yang saling membuang ketulan ayam di sebuah kedai nasi kandar di Bukit Mertajam, awal pagi kelmarin.

Memetik laporan Bernama, kejadian pada jam 3.20 pagi itu mengakibatkan tangan kanan penyelia berusia 28 tahun itu cedera ringan.

Menurut polis, insiden itu bermula apabila sekumpulan lelaki “menjerit” pelayan ke meja mereka.

Dua lelaki di meja lain menyangkakan jeritan itu ditujukan kepada mereka. Akibatnya, seorang daripadanya membuang ketulan ayam ke arah 4 lelaki itu sebagai tanda protes.

Restoran itu kemudiannya menawarkan makanan dan minuman percuma kepada semua pelanggan ketika penyelia dan pekerjanya cuba menghalang 2 kumpulan lelaki itu daripada menendang serta menumbuk satu sama lain.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, 3 lelaki berusia 21 hingga 23 tahun ditahan kerana memiliki senjata.

Katanya, polis turut mengenal pasti 3 lagi lelaki dan mereka dikehendaki untuk membantu siasatan.

“Kami sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup mengenai insiden itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di talian 04-5382222 atau pegawai penyiasat ASP Md Azman Kadir di talian 013-4081222.- CARI


17

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
13

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 8-6-2017 11:57 AM
kes ape sbrnya sapa nk gaduh2 ni
Quote DeMax 8-6-2017 12:05 PM
K vs K berperang = Melayu bertepuk tangan
Quote zameyla 8-6-2017 12:13 PM
Kat Nasi Kandaq Pelita, Chai Leng Park nie
Quote catalina 8-6-2017 12:16 PM
Mabuk ker?
Quote Artemesiaa 8-6-2017 12:19 PM
Dah macam dalam citer wild wild west lak silap sikit je nak gaduh
Quote prettyuglybabe 8-6-2017 12:22 PM
food fight ke tu
Quote matchstick 8-6-2017 12:58 PM
byk sgt ke beli ayam sampai gaduh  saling membuang ketulan ayam
Quote JohnDeSouza 8-6-2017 01:00 PM
matchstick replied at 8-6-2017 12:58 PM
byk sgt ke beli ayam sampai gaduh  saling membuang ketulan ayam

cam kaya lak depa ni
Quote ultramantujuh 8-6-2017 02:53 PM
Kenapa kebelakangan ini, rakyat Malaysia tak kira kaum mana satu, semua macam panas baran, cepat nak naik angin, apa masalah? Asyik nak belasah orang aje... Antaranya di Alor Setar 5 orang belasah sampai mati seorang lelaki yang silap masuk tandas wanita, kedua pelajar UPNM yang dibuli sampai mati juga, ketiga kes pasal rebut parking, seorang wanita Melayu baling selipar dan tunjuk jari tengah, keempat pasal mahu putus hubungan bertindak tikam mati teman wanita itu, kelima penjaja serang penguatkuasa DBKL, keenam bergaduh di restoran nasi kandar pasal salah faham.
Quote kasibiman 8-6-2017 04:23 PM
pulautetel ppl
Quote Mary_jane 8-6-2017 05:14 PM
Brader botak cekak pinggang je tengok aksi wrestler mania. Ye tumbuk lagi.
Quote paz 8-6-2017 05:18 PM
Lah boleh plak gaduh mcm ni ya. sensitip sangat.
Quote liyamariska 8-6-2017 05:20 PM
ultramantujuh replied at 8-6-2017 02:53 PM
Kenapa kebelakangan ini, rakyat Malaysia tak kira kaum mana satu, semua macam panas baran, cepat nak ...

ai pun perasan mende2 sebegini berlaku sejak kebelakangan nih...
Quote Pink_Purple 8-6-2017 05:22 PM
telinga pekak,

pas2 panas baran xtentu hala
Quote Pixie902 8-6-2017 05:57 PM
ultramantujuh replied at 8-6-2017 02:53 PM
Kenapa kebelakangan ini, rakyat Malaysia tak kira kaum mana satu, semua macam panas baran, cepat nak ...

rakyat semakin hilang sikap toleransi dan suka buat tindakan tanpa memikirkan akibat ...
Quote Modngengade 8-6-2017 06:09 PM
Tak usah hairan dek...bagi ummah ni usahkan baling ayam....baling lori ayam pun mereka mampu...tgk lah cerita tamil tu mcm mn...
Quote EJALTI 8-6-2017 06:41 PM
Melayang2 pinggang nasik bagai...
Quote romeor 8-6-2017 06:50 PM
zaman skrg ni zaman masing2 nak tunjuk taiko. Tak puashati je tumbuk belasah. Belasah plak tu kaw2 cam taknak kasi hidup dah. Baik budak sekolah mahupun yg dah tua sama je skrg tak puashati je belasah. Mintak di jauhkanlah dari keluarga aku.
Quote mjla 8-6-2017 09:57 PM
Gotong royong tangkap tikus kat kedai tu lg baguih.
Ngok tol, tak pasal masuk lokap

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.085725 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top