CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Naelofar Hijab Jadi Tudung Rasmi Juruterbang Wanita Air Asia

8-6-2017 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25001| Komen: 122|Original author: Oleh : Hafiz BZ




Pada April lalu, aktres, hos dan usahawan berjaya, Neelofa tercalon dalam 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. 


Tiga ratus individu di bawah usia 30 tahun yang tersenarai dalam 'Forbes 30 Under 30 Asia'  itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa kesan besar kepada dunia hari ini.

Terkini, Neelofa yang terkenal dengan tudung jenamanya sendiri iaitu Naelofar Hijab semakin meluaskan empayar perniagaannya apabila tudung keluarannya akan dipakai secara rasmi oleh juruterbang wanita berhijab AirAsia.

Memetik mStar, tudung berkenaan yang direka khas dengan fabrik istimewa berwarna putih mula dipakai juruterbang berhijab syarikat itu sejak bulan ini yang turut membabitkan sektor penerbangan jarak jauh iaitu AirAsia X.


Neelofa berkata, hijab yang dihasilkan itu amat praktikal dan bergaya yang memudahkan pergerakan pemakai.


Neelofa bersama juruterbang wanita Air Asia mengenakan Naelofar Hijab.


"Hijab itu turut mempunyai simbol Naelofar Hijab yang bertatahkan kristal Swarovski untuk sentuhan akhir sesuai kepada pemakainya," katanya.

Tambah Neelofa, sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai ujian pemakaian oleh para juruterbang wanita syarikat penerbangan itu.

Sementara itu Ketua Bahagian Penjenamaan AirAsia Rudy Khaw berkata, buat julung kalinya, AirAsia berkerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi para juruterbang wanita mereka.

Pihaknya juga turut merancang untuk bekerjasama dengan Naelofar Hijab dalam memberikan nafas baharu kepada rekaan hijab kepada semua pekerja lain di AirAsia.

Tahniah! semakin murah rezeki Neelofa. Semoga kejayaan Neelofa dapat dijadikan inspirasi buat golongan belia yang ingin menjalankan perniagaan. - CARI


22

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
7

Sedih
20

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aduh2sayang 8-6-2017 01:22 PM

kerlast ko.. tapi tak minat la tudung dia ni.sama ngn freedada

vaideway, korang rasa loofa ni tengok tak drama Hero Cinderella tu



Quote sepitsiput 8-6-2017 01:28 PM
berita camni bagus..tp rasanya x sesuai kt board gossip sbb more to her profession as a businesswomen. Patut dihantar ke board CI atau Usahawan.

what say u kakakku @annehuda ?
Quote Aneem 8-6-2017 01:30 PM
Berapa ketul sgt pilot pompuan kat air asia tu..
Ce sponsor org2 gomen yg sokong padu kau terutamanya acik2 epot..
Confirm lagi tinggi martabat kau jahh..
Quote kajol77 8-6-2017 01:33 PM
apsal tudung yg hajah pakai je nmpk lawa.. utk pilot x lawa.. nmpk kain murahan..
Quote Ayda89 8-6-2017 01:34 PM
Cam tudung sekolah je
Quote myariesa 8-6-2017 01:37 PM
Aneem replied at 8-6-2017 01:30 PM
Berapa ketul sgt pilot pompuan kat air asia tu..
Ce sponsor org2 gomen yg sokong padu kau terutaman ...

Tu r baru nk tnya bape org pilot wanita air asia tu..
Quote green~tea 8-6-2017 01:39 PM
Aneem replied at 8-6-2017 01:30 PM
Berapa ketul sgt pilot pompuan kat air asia tu..
Ce sponsor org2 gomen yg sokong padu kau terutaman ...

1st launching to pilot.... pasni all airasia staff yang berhijab
Quote geenie 8-6-2017 01:40 PM
Aneem replied at 8-6-2017 01:30 PM
Berapa ketul sgt pilot pompuan kat air asia tu..
Ce sponsor org2 gomen yg sokong padu kau terutaman ...

salah beb. pilot prempuan kt AA ramai. siyes. tp, yg bertudung, bleh la dikira. hehe

Quote green~tea 8-6-2017 01:41 PM
kajol77 replied at 8-6-2017 01:33 PM
apsal tudung yg hajah pakai je nmpk lawa.. utk pilot x lawa.. nmpk kain murahan..

kena comply as PPE jugak... sbb tu design bukan stakat letak batu lilit2... tp ada safety aspects.
contoh cam hijab for oil & gas industry... takleh kepuk2 berjurai2 nnti tersangkut dekat machine & material pulak jenis fire retardant
Quote geenie 8-6-2017 01:42 PM
green~tea replied at 8-6-2017 01:39 PM
1st launching to pilot.... pasni all airasia staff yang berhijab

lingkup klau dia nak sponsor total staff AA dah belas ribu dah (kalau based on staff no)
Quote green~tea 8-6-2017 01:43 PM
geenie replied at 8-6-2017 01:42 PM
lingkup klau dia nak sponsor  total staff AA dah belas ribu dah (kalau based on staff no) :lo ...

mana ada dia mention sponsor? NH tu just jadi hijab rasmi for AA staff (long term supplier gittchewwww)
Quote babydoll 8-6-2017 01:47 PM
geenie replied at 8-6-2017 01:40 PM
salah beb. pilot prempuan kt AA ramai. siyes. tp, yg bertudung, bleh la dikira. hehe

kaka geenie dah tgk ke tudung dia? jenis instant ke atau design lain yg dibuat khas utk pilot AA?
Quote geenie 8-6-2017 01:50 PM
green~tea replied at 8-6-2017 01:43 PM
mana ada dia mention sponsor? NH tu just jadi hijab rasmi for AA staff (long term supplier gittche ...

knowing AA yg nak cut cost segala, we'll see la how long dia nak jadi tundung resmi.
btw, tudung sekolah budak lagik lawa dr tudung ni. ke,mata aku yg kero?
kesian dak piza tuh. comel2 jd tak brapa nak comel
Quote geenie 8-6-2017 01:51 PM
babydoll replied at 8-6-2017 01:47 PM
kaka geenie dah tgk ke tudung dia? jenis instant ke atau design lain yg dibuat khas utk pilot AA?
...

entah tak tgk pn dorg

Quote misssakura 8-6-2017 01:51 PM
Berita mcm ni baru bagus hajjah... Idok la pasal cinta, dengki, busuk hati je manjang.
Quote tomaz 8-6-2017 01:54 PM
Good job jah.. Patot nya buat tvc pasal pilot wanita AA ni.. Tnjuk kecekalan wanita jd pilot.. Jv dgn AA untung2 terpampang muka kt kapal terbang.. Ni x abis2 trulop.. Kalau buat tvc promote NH vs AA lg kagum org jah.. Ada la nilai sikit tvc tu naikkan wanita yg bertudung dan berjaya dlm karier
Quote Zasss777 8-6-2017 01:55 PM
Comel comelnya pilot air asia ni!
Quote makton 8-6-2017 02:12 PM
awat mata aku tgk buruk je tudung yg pilot tu pakai??

tp pilot2 tu comel
Quote beni_nikaido 8-6-2017 02:41 PM
wau...hajah ni mmg bijak melebarkan empayar dia
aku respek dia bab bisnes ni

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.135525 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top