CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi lelaki Ditemui Dengan Kesan Gigitan Oleh Peniaga Buah-Buahan

13-6-2017 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5116| Komen: 31

Dalam kepesatan pembangunan negara, kita mengalami masalah sosial yang agak kronik di kalangan remaja seperti pembuangan bayi yang dipercayai pengaruh rakan sebaya dan pergaulan bebas,  terdedah aktiviti seksual secara berleluasa melalui jaringan internet, persekitaran tempat tinggal dan dirogol.


Walaupun pelbagai langkah dan kempen kesedaran diambil kerajaan, namun kemelut pembuangan bayi semakin berleluasa dan keadaan ini amat membimbangkan.

sumber: Astro Awani

Baru-baru ini, memetik laporan Bernama, seorang bayi lelaki dengan kesan gigitan semut dan berkeadaan lemah ditemui dalam bungkusan di kawasan gerai cendol Jalan Salut, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra dalam satu kenyataan berkata bayi itu ditemui pada jam 12 tengah hari Isnin oleh peniaga buah buahan.

Peniaga tersebut dikatakan terlihat satu bungkusan beg berhampiran gerainya dan mendapati bungkusan tersebut bergerak-gerak.

Setelah dibuka peniaga itu terkejut mendapati isi kandungan bungkusan tersebut adalah seorang bayi.

Bayi yang ditemui itu berada dalam keadaan lemah, tidak bersuara atau menangis serta terdapat kesan gigitan semut pada bibir dan badannya.

Polis kini giat mengesan ibu bapa bayi tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil ke balai polis berdekatan.- CARI

sumber: https://2.bp.blogspot.com/

18

Bagus
34

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 13-6-2017 12:03 PM
sian baby...............
Quote haryatie 13-6-2017 12:08 PM
alahai siannya..
nasib dia msih bergerak lagik buat org perasan
Quote Jorja 13-6-2017 12:19 PM
In KK? Kalau tak ada yg claim saya mau adopt pls..
Quote ffbeauties 13-6-2017 12:43 PM
Nasib baik lah sempat jumpa..
Quote Adline67 13-6-2017 12:51 PM
Kalau x nk baby tu bg lah kat pusat kebajikan Bodoh Sgt manusia mcm tu buat anak pandai jaga ank x pandai
Quote vanillaninja 13-6-2017 12:57 PM
Sampai hati buat darah daging sendiri macam ni. Mesti dah penat baby ni menangis, dengan sejuk and lapar lagi.
Quote missinpiece 13-6-2017 01:39 PM
Siannya la..
Quote miemiecha 13-6-2017 02:39 PM
allah sian nya.. menatang betuilah yg beranak pastu buang anak nih!!
Quote rosasa 13-6-2017 03:03 PM
kesiannya...bangsa apa ni rasanya sis @chazey
Quote chazey 13-6-2017 03:08 PM
Jorja replied at 13-6-2017 12:19 PM
In KK? Kalau tak ada yg claim saya mau adopt pls..

Salut tu area Tuaran sis. Sis try kol JKM Tuaran. Google jah nombor deyol.  
Quote cecari 13-6-2017 03:09 PM
Sepintas baca tajuk aku ingatkan digigit oleh peniaga buah buahan... haishh.... Moga Allah Taala beri pembalasan kpd si pelaku yg zalim itu.
Quote chazey 13-6-2017 03:10 PM
rosasa replied at 13-6-2017 03:03 PM
kesiannya...bangsa apa ni rasanya sis @chazey


Tuaran tu multi racial area. Sebab ini baby putih saiya mahu tuduh ini kalau bukan Dusun, misti Pilipin Pinoy punya karja.  
Quote Miming2 13-6-2017 03:18 PM
kesian nya baby tu.. kalaupun tak nak anak tu serahkan lah kat org lain cara baik.. nie main tinggal mcm smpah saja... kejam sgt
Quote mommymonster82 13-6-2017 03:18 PM
Alahai kesiannya ko nak..
Quote mommymonster82 13-6-2017 03:19 PM
Beria bc igtkn digigit anjing ke biawak... tolongla lain kli klau nk buang pon letakla kt tempat yg elok skit.
Quote merrissa 13-6-2017 03:52 PM
mommymonster82 replied at 13-6-2017 03:19 PM
Beria bc igtkn digigit anjing ke biawak... tolongla lain kli klau nk buang pon letakla kt tempat yg  ...

memang dia nak tinggai bagi mati kot...xkan nk tinggai kt hotel 5 bintang bagai...huhuhu
Quote dauswq 13-6-2017 04:03 PM
chazey replied at 13-6-2017 03:10 PM
Tuaran tu multi racial area. Sebab ini baby putih saiya mahu tuduh ini kalau bukan Dusun, misti  ...

pinoy bukan kepam gak ker chazey?
Quote mommymonster82 13-6-2017 04:04 PM
merrissa replied at 13-6-2017 03:52 PM
memang dia nak tinggai bagi mati kot...xkan nk tinggai kt hotel 5 bintang bagai...huhuhu

Harap dapat tangkapla.. jahatnya

Bukan semua org layak jd ibu
Quote chazey 13-6-2017 04:07 PM
dauswq replied at 13-6-2017 04:03 PM
pinoy bukan kepam gak ker chazey?

Ada beza ya Pinoy ngan Pilak. Yang keparms tu Pilak Selatan Filipina. Kalau korang gi KK, majoriti yang keja cashier la sales assistant la yang putih melepak or idung mancung tu Pinoy yah.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.045577 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top