Amboi, main kasar nampak? Ada sahaja yang 'gatal' membuat onar di bulan Ramadan yang mulia ini. Baru-baru ini, Facebook Persatuan makcik Puaka II memuat naik sebuah gambar memaparkan perbualan antara dua netizen yang mempersendakan agama Islam.
Lebih sadis, seorang daripada mereka sewenang-wenangnya memberi tafsiran sendiri makna perkataan Allahuakbar. "Allahuakbar bermaksud Allah apa khabar? Mana kau? Kenapa main sembunyi-sembunyi?" tulisnya. Apa yang menyedihkan, ada netizen lain menyokong kenyataannya dengan menyifatkan agama Islam sebagai sebuah agama yang memaksa umatnya untuk beriman dengannya walaupun jiwanya mahu beramal dengan agama lain.
"Agama adalah apa yang anda percaya. Ia datang dari hati. Anda tak boleh paksa seseorang untuk beriman dengan sesebuah agama jika dia tidak mempercayainya," tulisnya. Tambah menyakitkan hati orang ramai, mereka tanpa segan-silu mengeluarkan kenyataan mempermainkan Islam. Nampak macam berani sangat, tetapi menerusi komen orang ramai dipercayai kedua-dua mereka sudah memadam akaun mereka. Kalau betul berani, kenapa mereka padam akaun mereka? Isu berkaitan agama adalah suatu perkara yang amat sensitif. Begitu juga sekiranya kita mahukan orang hormat pada kita, kita perlu belajar untuk hormat mereka terlebih dahulu. Anda suka kalau agama anda dipermainkan sedemikian rupa? - CARI
|
30
Bagus |
20
Marah |
12
Terkejut |
25
Sedih |
27
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT