Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr. Mohamad Rameez Yahaya dilaporkan mengalami kerugian selepas dilaporkan dirompak sekumpulan lima penjenayah yang memecah masuk kediamannya yang terletak di Las Flores Avenue, Las Condes, Chile. Memetik laporan portal Biobiochile.cl yang berbahasa Sepanyol, kejadian berlaku pada jam 11.15 malam Ahad waktu tempatan (11.15 pagi Isnin waktu Malaysia) itu membabitkan lima individu yang dipercayai warga tempatan memasuki rumah berkenaan dan mengikat tangan mangsa, isteri serta lima anak mereka. "Mereka memukul kepala dan ikat tangan saya. Mereka juga mengugut untuk memotong telinga isteri saya, " ujar Dr. Mohamad Rameez dalam sidang media beberapa jam selepas insiden. "Mereka juga mengambil kesemua barang kemas anak-anak saya dan meminta sejumlah wang. Jika enggan, mereka akan membunuh anak saya," tambahnya lagi. Perompak tersebut turut mengambil barang kemas milik isterinya. Beliau juga memberitahu, keluarganya mengalami trauma namun bersyukur semuanya dalam keadaan selamat. Sementara itu, polis Chile sudah menyiasat tempat kejadian termasuk mengambil kesan cap jari serta memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman itu. Dalam pada itu, sumber Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan duta dan keluarganya selamat. Mohamad Rameez tidak dapat dihubungi untuk mengulas.- CARI |
24
Bagus |
17
Marah |
18
Terkejut |
11
Sedih |
19
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
barfi replied at 13-6-2017 04:43 PM
Chile negara berbahaya macam brazil ke?
barfi replied at 13-6-2017 04:43 PM
Chile negara berbahaya macam brazil ke?
ADVERTISEMENT