Kelmarin, Mahkamah Majistret Jalan Duta di ibu negara dibanjiri orang ramai dan diselubungi suasana memilukan kerana perbicaraan bagi kes bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Memetik laporan MalaysiaGazette, perkarangan dan lobi mahkamah dipenuhi keluarga dan saudara lima pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa bagi siasatan kes tersebut. Difahmakan, hampir 50 anggota keluarga keenam-enam tertuduh hadir di mahkamah dan memenuhi galeri awam bagi mengikuti prosiding kes itu sehingga terpaksa duduk di atas lantai mahkamah. Lima tertuduh adalah Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat.
Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin. Lima tertuduh terbabit didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di bilik 04-10 blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu. Mereka didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Manakala, seorang lagi penuntut UPNM, Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama. Dia didakwa mengikut seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 302 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. Arwah Zulfarhan, 21, merupakan penuntut tahun ketiga jurusan kejuruteraan elektrik UPNM. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun, selepas dihantar untuk mendapatkan rawatan oleh beberapa rakan. Mangsa memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di dada, tangan dan kakinya, dipercayai didera.- CARI |
29
Bagus |
37
Marah |
24
Terkejut |
18
Sedih |
13
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eva replied at 13-6-2017 03:57 AM
latest from my csi :
1. masa kejadian berlaku kekecohan di tingkat 25 de centrum, en husin and o ...
vanillaninja replied at 13-6-2017 12:06 PM
When arwah dijumpai tu, the main suspect ada sekali tak? Ke masa dekat hospital, baru main suspect ...
MyNameIsIris replied at 13-6-2017 12:10 PM
sila follow IG justice4farhan bagi menandakan sokongan dan acikhood untuk kes ini
Bedah.Cun replied at 13-6-2017 12:19 PM
Rumah no.2 chuols. Sape2 yang dapat link untuk rumah no.1 tolong, yang. Link kan dengan rumah no. 3 ...
ADVERTISEMENT