Tak sabar rasanya hati ini, lagi beberapa hari sahaja Syawal akan menjelang tiba. Kalau buka sahaja Facebook, Twitter dan Instagram, penuh dengan pengeluar jenama baju tempatan berlumba-lumba mempromosikan baju keluaran mereka untuk digayakan pada hari lebaran nanti.
Memang perkara biasa jika model yang dipilih untuk memperagakan baju tersebut kelihatan langsing dan cantik. Tujuannnya cuma satu iaitu untuk menarik hati dan perhatian bakal pelanggan. Maklumlah semua orang suka bila melihat sesuatu yang cantik dan pastinya terpengaruh untuk membelinya, bukan? Namun berbeza dengan satu jenama pakaian ini kerana mereka memilih untuk menggunakan model-model yang menghidap penyakit down-syndrome.
Walaupun agak janggal dan jarang dibuat orang, tapi inilah kelebihan yang ada pada jenama tersebut. Rata-rata netizen yang melihatnya berasa model-model tersebut tersangatlah comel dan berasa sepatutnya lebih ramai lagi yang menghargai insan istimewa seperti mereka. "Ya Allah indahnya ciptaanmu." "Muka macam patung." "Tetiba nak shopping baju ni sebab modelnya cantik sangat." Menurut laman instagramnya, RM10 akan disumbangkan kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia untuk setiap koleksi baju yang berjaya dijual. Mulia sungguh tindakan yang dilakukan dalam usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti ini. Apa pendapat anda? -CARI |
14
Bagus |
11
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ferr_Remy replied at 16-6-2017 03:01 AM
Apsal aq cri Maliqqa Official punya IG, xde?
Levespa replied at 16-6-2017 11:50 AM
bukan Maliqqa you, Maqilla
ADVERTISEMENT