Bulan Ramadhan dan Kebajikan. Setiap kali tiba bulan Ramadhan masyarakat akan berlumba-lumba untuk buat kebajikan, alasannya untuk mendapat keberkatan, kemuliaan, pahala berganda dan sebagai melengkapkan projek CSR.
Adakah kita hanya melakukan kebajikan di bulan Ramadhan ? Adakah Tuhan itu menilai dan memberi pahala hanya pada bulan Ramadhan ? Adakah kita hanya ada masa pada bulan Ramadhan ? Adakah kita hanya ada rezeki lebih pada bulan Ramadhan ? Beberapa contoh di bawah program yang sangat popular masyarakat lakukan di bulan Ramadhan. ANAK YATIM DAN RAMADHAN : Seperti kebiasaan anak-anak yatim di rumah kebajikan akan mendapat jemputan berbuka selama sebulan, ada kala sehingga moreh mereka mendapat tajaan, jadual mereka akan sentiasa penuh setiap kali tiba Ramadhan. Bukan hanya Ramadhan……jemputan yang mereka dapat sehingga Syawal. Kelibat mereka hanya kelihatan pada bulan Ramadhan dan Syawal sahaja. Sebulan selepas Hari Raya mereka akan dilupakan, mereka akan dipinggirkan. Itulah lumrah menjadi anak-anak yatim di rumah perlindungan hanya diingati apabila tiba bulan Ramadhan dan Syawal. GELANDANGAN DAN RAMADHAN : Sering kali abanG nyatakan apabila tiba bulan Ramadhan jangan buat CSR berkenaan gelandangan (Street Feeding), jangan bagi mereka makan di bulan Ramadhan, kalau nak buat juga cuba fikir keluar KOTAK sikit, jangan hanya nak bagi mereka makan sahaja..…. Kenapa ? Setiap kali tiba bulan Ramadhan, kemewahan mereka mendapat makanan sehingga menyebabkan PEMBAZIRAN yang ketara, jika hari-hari biasa mereka mendapat sehingga 5 pack makanan, bulan Ramadhan mereka akan mendapat berganda-ganda pack makanan……. Situasi ini sangat menyedihkan…… berapa banyak yang kita boleh makan dalam sehari, berapa banyak yang mereka boleh simpan. Gelandangan di KL sudah cukup makan harian mereka, NGO/NGI yang konsisten bantu mereka setiap hari bukan hanya bulan Ramandhan telah wujud sejak bertahun yang lalu. Kita yang buat setahun sekali ini………. Cari idea untuk buat perkara lain. Jangan bagi mereka makan, sebaliknya bagi benda lain seperti contoh : 1. Toiletries 2. Selipar 3. Kain sarong 4. Kopiah 5. Minyak angin 6. Ubat nyamuk 7. Pads untuk wanita 8. Berus gigi dan ubat gigi Tak perlu bagi semua sekali di atas ini, boleh bagi setiap seorang satu sahaja dan tambahan air mineral untuk setiap seorang, mudahkan. FAKIR MISKIN DAN RAMADHAN : Golongan fakir miskin di luar bandar dan bandar besar juga antara golongan yang boleh kita fikir untuk bantu, kebanyakan antara mereka ini mempunyai rumah dan tempat berteduh akan tetapi mereka ‘STRUGGLE` untuk membeli juadah berbuka dan menyediakan persiapan RAYA. Adakah kerana mereka ada rumah dan tempat berteduh kita tak nak bantu ? Silap kita melihat mereka dari pandangan ini silap kita kerana berfikiran mcm ni silap kita kerana kurang pendedahan dan research Golongan miskin bandar dan luar bandar lebih memerlukan perhatian…. Mungkin keadaan mereka berbeza dia antara MISKIN BANDAR dan MISKIN LUAR BANDAR, akan tetapi situasi mereka sama MISKIN. PROJEK RAMADHAN DAN KITA : Apa akan kita lakukan selain dari kebajikan di bulan Ramadhan ? Sendiri fikir ya. Love – abanG -
|
26
Bagus |
26
Marah |
28
Terkejut |
16
Sedih |
15
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT