CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jangan Peduli Sindiran Orang, "Balik Kampung Tapi Tidur Homestay, Hotel"

19-6-2017 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11719| Komen: 67|Original author: Oleh: Adib Za

Pulang beraya di kampung mungkin menjadi keterujaan sesetengah pihak. Maklumlah ketika inilah mahu berkumpul bersama ahli keluarga tercinta.

Namun, bagi yang lain mereka dikatakan terpaksa 'berbungkus' 24 jam untuk menutup aurat lantaran di situlah juga adanya ipar duai, sepupu, biras dan sebagainya yang semestinya bukan mahram. '


Bercerita tentang perkara ini, seorang netizen, dikenali sebagai Cikgu Ghani, memuatnaik sebuah perkongsian yang sangat bermanfaat buat semua yang bakal pulang ke kampung ini. 


"Cerita balik raya dikampung memang seronok tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang.

"Apa tidaknya bila beberapa keluarga berhimpun dlm satu rumah,tidur bergelimpang hingga ruang tamu kerana tak cukup bilik,akan berlakulah penampakan aurat ipar, sepupu,biras dsbnya masa tidur,keluar bilik mandi, masa menyusu badan.Kalau dah tidur,tetaplah terbuka aurat."


Katanya lagi, bukan tidak seronok berada di kampung namun banyak perkara yang harus dijaga dan diambil berat.

Foto: Says
Seharusnya suami dan mertua harus mengambil kira hal tersebut ketika menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar keseronokan itu tidak terpalit dengan dosa.

"Suami yg perihatin sepatutnya mengambilkira untuk tetap menyembunyi aurat isteri, meringankan pengorbanan kena berbungkus 24 jam."

Rasa tak sedap hati dengan sindiran orang, itu bukanlah perkara asing. Yang penting, Cikgu Ghani minta kita semua agar tidak langsung memikirkannya.

"Jangan peduli sindiran orang yg menyebut,"balik kampung tapi tidur homestay,hotel",kerana mereka mungkin tidak faham kita nak mengelak dari terbuat dosa.Selain itu faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air juga penting kerana itu keperluan hidup yg boleh menjejas kesihatan."

Berikut pula antara komen yang diberikan oleh netizen, ada yang setuju dan sebaliknya.


Kesimpulannya, mungkin ia merupakan ilmu baharu bagi sesetengah pihak dan masih sukar dihadam. Apa pun, cubalah untuk membuka minda dan kembali kepada ajaran yang digariskan dalam Islam itu sendiri. - CARI 

21

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mzzenma 19-6-2017 04:08 PM
tapi menurut ummah meleis.. mengada-ngada ye spesies yang nak duduk homestay, hotel bagai ni

kau ingat semua orang macam kau boleh main redah tidur bersepah sana sini macam tu?

some people just need privacy and comfort..and cleanliness..kau suka redah sepah macam tu kau punya pasal lah, tak payah nak projection bias orang lain macam ko juga..

Quote pearl.silver 19-6-2017 04:11 PM
Syok makcik tu ank ramai semua balik umh dia
Ada org ank x ramai pun liat nk balik umh mak sendiri..dok ulang umh mertua nya je
Quote siputsedut 19-6-2017 04:22 PM
Aku teringin nak duduk hotel ke homestay bila balik kg..tp tu la..tkut dihencap x selesa wehhhh...anak dua...katil ada queen sebijik je..anak2 kene tido beralas toto kt bawah..kesian pon iye sbb bersempit2 dgn beg bagai...pastu kalu kt umh nak aku bilik aku xde ensuite bathroom so mslh nak ke jamban tu la...kt rumah mil plak toilet ada dlm bilik tp panas hazab yaaaaaarabbiiiii....pastu rumah tu mcm x cukup letrik..kalu beli kipas byk2 mau blackout bilik org lain....tp sbb mak akj pernah cerca sepupu yg balik kg tido hotel..maka aku x berani nk cuba2 dok hotel aku ni ok lg la anak dua baru..akak aku anak 5 wehhh..bilik dia kecik drpd bilik aku..so most of the time aku suruh tuka bilik sbb gila kesiannn anak dia tido sebelah beg luggage aje...tp sampai bila...nnt anak aku bertambah takkan aku plak nk bersempit lagu tu
Quote mokcikKSKB 19-6-2017 04:23 PM
So far balik rumah aku xde lg tido merempat mcm ni. Dulu balik unak inlaw terpaksa tido ruang tamu merempat sgtlah x best!xde privacy lansung stress nye lah.bila bil pindah baru dpt sebilik utk kitorang 5 branak.huhuhu..lega.kalau lama2 mcm ni mau aku pon dok homestay jugak.
Quote umbut 19-6-2017 04:27 PM
Aku kalo balik kampung memang dok homestay.. bilik x cukup.. berebut bilik air lagi.. nasib homestay dpn umah je.. balik homestay utk tidor, mandi...
Quote zie_indah 19-6-2017 04:31 PM
Teringin balik kg tp x tido sbb unah mentua ngan umah dekat jer tp ktut kena sindirlah pulok..haaa
Quote jiwarasa 19-6-2017 05:16 PM

seronoknya dapat tido dengan sepupu yg dah membesar
Quote skinsandstars 19-6-2017 06:22 PM
Perkongsian yang bagus.  
Quote obses_budak 19-6-2017 06:49 PM
Boleh je tdo homesty... tp bersyarat... blik homsty bia la lmbt... dah berseronok2 huha..hua... gn kluarga dulu... pas tu pagi2 mai b4 kol 8 dh ad kt umah kluarga... ni tak... kol 10 pagi br tejengah muka kt kmpung...makan dh berhidang... umah dh penuh org... smbyg raya dh hbis... memg ptt kene kecam...hencam smpai bernanah bontot ko nk duduk... malm pulak...perut dh berbusung kenyang... umah beselerak...cepat2 nk blik homesty..kunun ank dh mengantuk... kau ingt uma mak bapak kau/mak bapak mentua rumah persingahan... restoran...
Quote RatuDunia94 19-6-2017 06:55 PM
Dh tau rumah mak bapak engko sempit.. Invest la bg duit besor kan rumah dorang tu.. Tambah bilik tidor, tambah bilik air.. At least kalo ko balik xde la nk berebut bilik tido n bilik air segala..
X semua kampung ada homestay n hotel...
Quote kakigebang 19-6-2017 08:22 PM
RatuDunia94 replied at 19-6-2017 06:55 PM
Dh tau rumah mak bapak engko sempit.. Invest la bg duit besor kan rumah dorang tu.. Tambah bilik tid ...

Yg ni sebaik2nye..
Quote suka2 19-6-2017 09:04 PM
RatuDunia94 replied at 19-6-2017 06:55 PM
Dh tau rumah mak bapak engko sempit.. Invest la bg duit besor kan rumah dorang tu.. Tambah bilik tid ...

Sepatutnya mcm gitu la. Adik beradik pakat kompol duit besarkan rumah parent kalau jenis rumah kampung ada tanah boleh buat sorang satu bilik. Tapi kalau yg dok perumahan ada jugak limit utk renovate. Kalau dah sesak sangat tapi keluarga pulak sejenis tak menyempat nak hencap sbb tido hotel kena timbangrasa la bg laluan bilik2 pada org pompuan lg2 yg anak dara tu.
Quote WajibulGhunah 19-6-2017 10:27 PM
Rumah i dgn sedara2 dkt2 je
I pun dok luar bandar
So dah mmg kt kampung
Dok rumah arwah atok dgn nenek

Masalah cenggini mmg x rasa lg tp time kawen nnti la rasa
Quote batmana 20-6-2017 05:59 AM
RatuDunia94 replied at 19-6-2017 06:55 PM
Dh tau rumah mak bapak engko sempit.. Invest la bg duit besor kan rumah dorang tu.. Tambah bilik tid ...

Itulah.pada aku,jenis cmtu anak derhaka dlm diam.
Keliling pinggang ade gajet.ipon 7 bagai.
Nk beli papan lapis buat byk bilik ckp Xde duit plak.

Baik jual je gadjet dorg tu.bsrkn umah mak sendiri.lagi bagus.
Quote Ferr_Remy 20-6-2017 06:30 AM
Famili aku kalau jenis pergi umah sedara jauh2 pun kitorang prefer duk hotel. Bukan ape, semak la duk ramai2 ni
Quote tinacuak 20-6-2017 07:09 AM
Aku ok je tido kampung...alah pakai je tudung tu.bukannya lama pon dok kampung...benda ni berbalik pada kesanggupan anak menantu tu...kalau dia nak jaga hati makpak dia, dia sanggup je jaga hati makpak dia...sambil tu suruhan allah jgnlah lupa iaitu jaga aurat depan ipar duai...bg aku x patut yg tpbalek kg.tapi tido hotel...terasa tau makpak...
Quote SuRiaGreeNz 20-6-2017 08:40 AM
family ai yg prempuan mmg bertudung 24jam klu balik kg..
klu nk mandi bwk bju salin semua salin siap2 dlm bilik air..
bju tido pakai bju muslimah.. baru lah x terselak..
tdo pun pakai tudung jgk.. xde mslh penmpakan aurat..
apepun semuanya atas kita laa.. blik kg nk berhimpun ramai2 baru meriah..
klu biar yg lelaki tido kt homestay jenuh lak nk memanggil..
silap2 smpai ptg bru dorg bangun tdo..
Quote amyza 20-6-2017 08:45 AM
Tiap kali nak raya mesti timbul isu ni
Quote s@s@ 20-6-2017 08:56 AM
terpulang masing-masing
jenis x nak tahan mata, dok homestay pun mata melilau jaa....
jenis x nk tutup aurat, nama ja dok homestay, keluar dok tayang macam tu gak....

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.136628 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top