CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lucu! Bukan Maknyah, Tapi Lelaki Ini Pakai Baju Kurung Untuk Lariskan Gerainya

20-6-2017 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8393| Komen: 31|Original author: Oleh: Adib Za


Memang kreatif dan juga melucukan! Gelagat seorang peniaga pakaian di Jalan TAR, Kuala Lumpur telah menarik perhatian ramai netizen.

Menerusi rakaman video yang menjadi tular di laman sosial itu, peniaga lelaki tersebut sanggup menyarungkan baju kurung moden yang memang nampak 'terletak' di badannya.

Ia bertujuan melariskan pakaian yang dijualnya dan turut memberikan idea kepada pelanggan tentang rupa sebenar baju kurung itu bila disarungkan pada badan.

Loading FB Post...

Pendek kata, lelaki ini sanggup menjadi model kepada pakaian yang dijualnya meskipun bakal tampak seperti seorang wanita.

"Singgah kak, pilih, pilih. RM80 sahaja, percuma rantai," begitulah antara ayat keramat yang digunakan untuk memanggil para pelanggannya. 

Memang bersahaja, dengan lentik badan mengalahkan perempuan sejati. Yang melucukan wajahnya memang 'jantan habis'.

Begitulah antara komen yang diberikan oleh para netizen. Pun begitu ada juga yang menyelar tindakan lelaki itu kerana berpakaian seperti wanita yang ditegah dalam ajaran Islam. 


"Dalam Islam haram lelaki menyerupai wanita," kata seorang netizen wanita. 

Yang pastinya hanya dalam masa sehari, rakaman video berkenaan sudah mencecah lebih 25 ribu kali perkongsian. 



Bagaimana pula dengan pendapat anda? Sudahkah mendapatkan pakaian untuk hari raya nanti, jika tidak bolehlah singgah ke gerai baju kurung lelaki tersebut. - CARI 
19

Bagus
16

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
20

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 20-6-2017 12:31 PM
Murah tu rm80. Kat kenanga mahal2 . Penat je me pegi last week
Quote trakea 20-6-2017 12:36 PM
Jawi mana ? Tangkap la cepat
Quote haryatie 20-6-2017 12:54 PM
hahaha...merapuuu..
lentik bukan main lak tu..
kalau x laku2 jugak x tau laaa..
Quote Ayda89 20-6-2017 01:23 PM
Kelakar wey kalau tgk dorang jual. besunguh cari rezeki, kreatif..
Quote indenial 20-6-2017 01:23 PM
Bukan benda biasa tiap2 kali nak lelong baju raya. Huhuhu
Quote chinta89 20-6-2017 02:03 PM
ok la kreatif..
Quote estrelle 20-6-2017 02:13 PM
Pakai sarung tetek bini ke bang
Quote akakmasihvogue 20-6-2017 02:27 PM
nak beli patung pompuan mahal
Quote Andyscenes 20-6-2017 02:28 PM
Tiap tahun muka mamat ni pakai baju kurung.
Quote suka2 20-6-2017 02:53 PM
Lentik kau tapi aku lg suka yg brader jual shawl kat pasar malam siap demo cara pakai cantik kemas terletak lagik..
Quote RatuDunia94 20-6-2017 08:57 PM
Iols tunggu komen : berkat ke rezeki bila menyerupai wanita tu?


#donedakwah
   
Quote imransulaiman 20-6-2017 10:16 PM
Hahahaha! Adoilah! Baru tadi pagi aku sembang dengan ofismet pasal benda ni! Aku window shopping di Jalan TAR...ada bebudak jual tudung tu siap pakai tudung dan jerit - mai singgah kak beli tudung...macam-macam tudung ada...tudung lawa ada, tudung tak lawa pun ada!

Aku senyum je tengok. Memang kreatif bebudak tu. Tak payahlah ada yang kutuk atau nak berdakwah. Ambil sisi positif saja. Dorang buat pun untuk memeriahkan suasana..
Quote ffbeauties 21-6-2017 02:02 AM
Oo murahnya. Aku tak tau rupanya masih wujud baju siap bawah rm100

Duk tgk butik bbnu semua harga 300/400 ke atas dengan jahitan dan kain hauk.
Quote gigahertz 21-6-2017 02:24 AM
Ayda89 replied at 20-6-2017 05:23 AM
Kelakar wey kalau tgk dorang jual. besunguh cari rezeki, kreatif..

zaman sekarang ni nak jual barang tak boleh straight tu the point. kena main main sikit
Quote shiedafaizal 21-6-2017 09:28 AM
cantik pulak dia pakai..ngan melentik bagai...hahahaha tp mmg kreatif betul...adehh murah nau nau bawah 100..tgk kain cam ok ja...
Quote LavaUollss 21-6-2017 11:47 AM
dah agak dah mesti ada komen dari setazah jadian
Quote Siputjelly 21-6-2017 12:27 PM
lawa lah baju tu. walaupun simple je. tapiii malas betul nak pergi sana, jemm
Quote pearl.silver 21-6-2017 01:46 PM
Huhu..murah tu...tp klu pegi jln tar hujung minggu ni, bercinta laa atas jln nk balik...dah start jem
Quote -electrifying- 21-6-2017 02:02 PM
hahaha... perkara biasa tgk

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059049 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top