CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ayam Gunting Uncle Bob, Makanan Kegemaran Rakyat Marhaen

22-6-2017 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32906| Komen: 75|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Ayam Gunting Uncle Bob sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat marhaen dan terdapat banyak francaisnya di mana-mana pasar malam atau di pasar tani. 


Apa yang istimewa sangat Ayam Gunting Uncle Bob ini? Kalau nak tahu, sudah pastilah cara penyediaan dan bahan-bahannya. Kepingan ayam akan dicelup dengan tepung dan beberapa bahan lain terlebih dahulu sebelum ia digoreng. Kemudian setelah selesai menggoreng, ayam akan digunting menjadi ketulan kecil dan akan diletakkan perasa tambahan samada biasa ataupun pedas mengikut citarasa pelanggan. 

Rasanya memang sedap dan sangat rangup. Harga pun mampu milik sekitar RM5-RM6 sahaja untuk satu hidangan tapi khabarnya sekarang harga Ayam Gunting Uncle Bob sudah naik kepada RM7? Jadi kalau nak lebih jimat, anda bolehlah mencuba sendiri resipi ini di rumah.

Bahan-bahan :
Dada ayam (Dihiris nipis)
1 cawan tepung goreng Adabi
½ cawan serbuk roti (warna putih) 

1 biji telur
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk lada putih
Minyak masak

Cara-cara Penyediaan:

1) Cuci dan toskan ayam. Satukan serbuk roti & tepung goreng Adabi dalam pinggan.


2)Lumurkan ayam dalam adunan tepung. Kemudian, celup ke dalam telur. Sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung.

3) Gorengkan ayam di dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.


4) Taburkan serbuk lada putih berperisa & serbuk cili. Ikut selera masing2 sama ada nak pedas ataupun tidak.



5) Akhir sekali, guntingkan ayam mengikut citarasa anda. Sedia untuk dihidangkan. - CARI





44

Bagus
16

Marah
42

Terkejut
29

Sedih
32

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (191 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamapea 22-6-2017 11:47 AM
serbuk cili tu paprika ke?
Quote prettyuglybabe 22-6-2017 11:49 AM
mana harga RM5-RM6..
sekarang RM7 dah..
kat danau RM8..
Quote ashk4nn 22-6-2017 11:50 AM
perak yg kt kampung2 ni pon dh rm8 kot
Quote retnoel 22-6-2017 12:48 PM
Beli kt bazar ramadan kg akak semalam rm7.
Quote chinta89 22-6-2017 01:08 PM
sedapnya.. nt nk try la!
Quote zameyla 22-6-2017 02:38 PM
Aku beli RM7.50
Quote -electrifying- 22-6-2017 03:16 PM
prettyuglybabe replied at 22-6-2017 11:49 AM
mana harga RM5-RM6..
sekarang RM7 dah..
kat danau RM8..

kt jalan tar 7 hengget
Quote zuraidah1 22-6-2017 03:22 PM
raub ni pon harga rm8
Quote prettyuglybabe 22-6-2017 03:39 PM

biasa yang jumpa standard RM7..
klu yang jual bawah RM7, memang stok ikhlas la..
klu yang jual atas RM7, stok nak gi haji balik hari
Quote yumeina 22-6-2017 03:42 PM
aku beli manjang ada jek tulangnya..tp duk iklan ckp boneless la..apa laa....
Quote WhiskeyScotch 22-6-2017 04:14 PM
Sedapnyaaa!!!
Quote pisangbanana 22-6-2017 04:51 PM
kat kolej zaba ukm rm7.50

Quote -electrifying- 22-6-2017 04:53 PM
prettyuglybabe replied at 22-6-2017 03:39 PM
biasa yang jumpa standard RM7..
klu yang jual bawah RM7, memang stok ikhlas la..
klu yang jual a ...

stok ats rm7 tu kite husnuzon jela tapak dia tu mahal sgt, gne myak olive, dgn bil air dan api
Quote paz 22-6-2017 04:54 PM
Apa rasanya ya?
Quote watieabe 22-6-2017 04:57 PM
Sedap sgt ke.. Tak pernah beli..  Kena try ni..  
Quote manjalara_01 22-6-2017 06:25 PM
mcm mana nak jaga cholesterol ni kiri kanan goreng...ehehehe
Quote barfi 22-6-2017 06:32 PM
watieabe replied at 22-6-2017 04:57 PM
Sedap sgt ke.. Tak pernah beli..  Kena try ni..

Sedap. Cubala
Quote RatuDunia94 22-6-2017 07:05 PM
Try gak nk beli tp bila tgok warna minyak dia goreng ayam tu terus cancel...
Quote Siputjelly 22-6-2017 08:19 PM
lepas makan ayam ni kena banyak minum air masak, kalau tak, iols sakit kepala / rasa macam nak demam huhuhu

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.346633 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top