Sekurang-kurangnya sembilan penumpang maut dan 28 yang lain masih hilang selepas bot membawa kira-kira 150 pelancong tenggelam di kawasan tadahan air di barat laut Colombia semalam.
Video yang tular di media sosial menunjukkan bot berkenaan tenggelam dan puluhan kapal lain mendekatinya untuk cuba menyelamatkan penumpang.
Pihak berkuasa tidak mengatakan apa yang menyebabkan Almirante empat dek karam di kawasan tadahan air El Penol di bandar pelancongan Guatape, yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
"Setakat ini tiga penumpang maut dan kira-kira 30 hilang," kata komander polis Jorge Hernando Nieto kepada BluRadio. Memetik laporan Reuters, pasukan tentera udara berkata helikopter sedang dalam perjalanan untuk membantu operasi menyelamat. Lokasi itu terletak 68 kilometer dari bandar Medellin dan salah satu tarikan pelancongan utama di bahagian Antioquia. Datuk Bandar Medellin Federico Gutierrez berkata mangsa yang diselamatkan dihantar ke hospital tempatan di Guatape. Tambahnya, pasukan daripada tujuh cawangan yang diketuai seorang kapten dan lima penyelam skuba telah dihantar ke lokasi untuk membantu. Guatape menjadi tumpulan pelancong pada cuti hujung minggu yang panjang memandangkan hari ini cuti umum di Colombia.- CARI |
13
Bagus |
32
Marah |
41
Terkejut |
31
Sedih |
19
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT