CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Mohon Maaf Kepada Semua Yang Terasa" - Diva AA

28-6-2017 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20678| Komen: 105|Original author: Oleh: Maly Rosli

Nama Azwan Ali, 51, atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA sentiasa 'panas' menjadi sebutan ramai walaupun sudah jarang muncul di kaca televisyen.



Mana taknya, kebanyakan status di laman Instagram (IG) miliknya sering mencetuskan kontroversi. Ada sahaja yang menjadi tajuk panas di portal berita.

“Why bother, why bother, why bother. Saya tak pernah kisah dengan cemuhan dan hinaan daripada mereka.

“Saya bercakap atas kapasiti sebagai rakyat negara ini mahupun penonton tv.

"Kalau tidak boleh menerima kritikan, bagaimana nak maju industri seni hiburan tempatan,” katanya kepada Sinar Online.


Bagaimanapun, akhbar berkenaan melaporkan Azwan sedar segelintir pihak terasa dan kurang senang dengan kelantangan kata-katanya. 

"Saya mohon maaf kepada semua, jika selama ini terasa hati dengan apa yang saya katakan.

"Sebagai manusia, sudah pasti tidak lepas daripada melalukan kesilapan. Saya juga sudah memaafkan semua orang di sekeliling saya. Saya anggap apa yang berlaku itu biarlah berlalu," katanya.



Memetik Sinar Online, setiap kali menjelang Syawal, Azwan akan mengunjungi Tanah Suci dan dia kini sedang menunaikan umrahnya yang ke-10.

“Saya selesa memilih jalan hidup begini. Saya sebatang kara, tidak ada keluarga. Jadi, setiap kali Syawal, saya akan bermunajat kepada ALLAH SWT.

“Tenang rasanya apabila berada di hadapan Kaabah sambil mulut terus berzikir mengingatiNya. Itulah kepuasan sebenar yang saya rasakan,” jelasnya.

Menurut Azwan, dia lebih selesa menghadap Sang Pencipta di hadapan Kaabah di saat orang lain meraikan hari raya.


Foto: IG Azwan Ali

"Saya tak fikir pasal raya pun saat berada di Tanah Suci. Apa yang difikirkan, apakah akan ada lagi saya di sini (Makkah) pada tahun-tahun mendatang?

"Adakah ALLAH SWT akan terus menjemput saya sebagai tetamu-Nya pada masa akan datang? Hanya itu yang saya fikirkan," katanya.

Kalau Diva AA berubah ke arah kebaikan dan terus istiqamah, baguslah kan? Apa pula kata anda? - CARI
11

Bagus
29

Marah
22

Terkejut
22

Sedih
27

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 28-6-2017 04:03 PM
meols perati piccas heshe di tanah suci kali ni semuanya senyum2 girang...no more muncung2 acah kurus
..good for him
Quote sepitsiput 28-6-2017 04:04 PM
meols perati piccas heshe di tanah suci kali ni semuanya senyum2 girang...no more muncung2 acah kurus
..good for him
Quote EhhEtonLahh 28-6-2017 04:07 PM
bagus lahh..lepas ni kurang2 kan sikit carutan terpaksa tuhh eaaa...
Quote JeepersCreepers 28-6-2017 04:12 PM
sepitsiput replied at 28-6-2017 04:03 PM
meols perati piccas heshe di tanah suci kali ni semuanya senyum2 girang...no more muncung2 acah kuru ...

Haah..mcm cerah sikit wajah heols taklah awan mendung. Hopefully heolls happier la skrg.
Quote Aduradura 28-6-2017 04:17 PM
Tapi mcm kesian+sedih plak biler tgk video yg anak azmin tegur heolls kat mekah tuuu...
Quote xtahumenahu 28-6-2017 04:23 PM
Aduradura replied at 28-6-2017 04:17 PM
Tapi mcm kesian+sedih plak biler tgk video yg anak azmin tegur heolls kat mekah tuuu...

vid mana chuols???
Quote kiah_mai_pulak 28-6-2017 04:26 PM
Meninggal bin sila
Quote skinsandstars 28-6-2017 04:27 PM
Aduradura replied at 28-6-2017 04:17 PM
Tapi mcm kesian+sedih plak biler tgk video yg anak azmin tegur heolls kat mekah tuuu...

Anak sdara dia cakap apa?
Quote stars83 28-6-2017 04:37 PM
Dh tak kepam dh uols..
Quote pencintaABC 28-6-2017 04:38 PM
Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Tiap kali umrah minta maaf. Lepas balik umrah kali ni harap benar2 berubah.
Quote Bujat 28-6-2017 04:42 PM
Tunggu carutan heshe in 3...2...1...
Quote Aduradura 28-6-2017 04:45 PM
skinsandstars replied at 28-6-2017 04:27 PM
Anak sdara dia cakap apa?

Azmin and bini & anak perempuan heolls pun pgi mekah jugak...kesian tgk video yg anak azmin still dtg tegur divaAA as pak sedara sheolls ..dtg tegur diva AA mase diva AA tgh mkn sorang2 ...
Quote debab76 28-6-2017 05:00 PM
Aduradura replied at 28-6-2017 04:45 PM
Azmin and bini & anak perempuan heolls pun pgi mekah jugak...kesian tgk video yg anak azmin still  ...

video pls!! chuolss
Quote kikiharris 28-6-2017 05:03 PM
ha,kan elok tu senyum macam biasa,
dari dok muncung2 tu
dia ni kalau diam2 buat hal sendiri orang takdalah nak membahan dia kot
ramai je org kat luar sana yg sorang diri, pergi umrah,pergi bercuti
cuma kalau dah buat perangai melenting,maki hamun tak habis2 memanglah jd perhatian org,nak kesian pon malas.
Quote Carcosa 28-6-2017 05:04 PM
Ohhhhh.. Tahun ni ada pose baru Mesti dah pektis byk2 kali kat rumah kan?
Quote tensic~ 28-6-2017 05:28 PM
Income dia dr mana..
Quote kukukatablog 28-6-2017 05:33 PM
pencintaABC replied at 28-6-2017 04:38 PM
Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Tiap kali umrah minta maaf. Lepas balik umrah kali ni harap benar2 berubah.

ntah la, yang nampak balik2 memaki hamun rancangan sampah,
kadang2 ada betternya kita maki sengsorang dari kita post kat ig....
mcm x best plak balik2 umrah, dah start maki hamun....

Quote aechae 28-6-2017 05:37 PM
Muka dia kali ni lbih berseri n kelihatan normal...good for u diva AA
Quote pencintaABC 28-6-2017 05:38 PM
kukukatablog replied at 28-6-2017 05:33 PM
ntah la, yang nampak balik2 memaki hamun rancangan sampah,
kadang2 ada betternya kita maki sengso ...

Tu la harap Diva AA balik umrah kali ni elakkan la bergaduh memaki hamun..doakan yg baik2 je.

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050226 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top