Lama rasanya tidak melihat kelibat pelakon dan pengacara Sharifah Aleya di kaca TV membintangi mana-mana drama. Rupanya, menurut empunya badan, dia kini sudah tidak berminat lagi untuk berlakon.
Mesra disapa Leya, 34 berkata dia kini lebih senang dan selesa memberi tumpuan dalam bidang pengacaraan. "Saya memang tidak ada hati lagi untuk berlakon. Walaupun adik saya, Sharifah Amani ada mengajak saya berlakon bersama tapi saya terpaksa juga menolak. "Ada juga rakan-rakan produser yang merajuk kerana saya tolak tawaran mereka. Nak buat macam mana, saya memang tak nak berlakon. "Kalau saya ambil, nanti tak boleh buat yang terbaik. Saya lebih selesa menjadi pengacara program temu bual dan orang di sebalik tabir sahaja," katanya kepada Mstar Online. Katanya lagi, dia kini bertindak menguruskan jadual adik beradik dan juga ibunya, Fatimah Abu Bakar. "Sekarang ini saya yang menguruskan jadual Sharifah Amani, Sharifah Aryana dan ibu kami. Saya ini seperti jam loceng untuk mereka. "Saya orang yang akan mengingatkan apa aktiviti atau program mereka setiap hari," ujarnya lagi. - CARI |
19
Bagus |
21
Marah |
21
Terkejut |
18
Sedih |
14
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Aduradura replied at 29-6-2017 01:03 PM
iolls penah tgk sheolls dlm filem idola je, jadi adik normala samsudin
Lain2 ta penah tgk
Tukul.Besi replied at 29-6-2017 01:14 PM
Kesian dia. Masuk je amani dalam industri, dia terus sendu. Padahal i rasa dia lagi best berlakon da ...
sepitsiput replied at 29-6-2017 05:11 PM
actually, Amani lebih talented deps aleya..tp aleya jugak not bad..tp watak utk sheols limited..nak2 ...
ADVERTISEMENT